Skip to main content

6 Sifat Durian Yang Wajar Dijadikan Pedoman







1. Pohon durian itu tinggi
Jangan takut untuk bermimpi setinggi pohon durian, penemuan terbesar manusia awalnya juga berawal dari sekadar mimpi, tetapi jangan hanya bermimpi atau berangan-angan sahaja, sebaliknya berusaha mencapainya itu yang lebih penting.


2. Kulit durian keras dan berduri
Maksudnya seseorang itu harus teguh pendiriannya, tidak seperti lalang, ditiup kekiri, ia kekiri, ditiup kekanan, ia kekanan. Percaya akan keputusan yang telah anda ambil, nescaya tidak akan ada yang akan meragui kapasiti anda sebagai pemimpin.


3. Isinya lembut
Meskipun dari luar kelihatannya ganas, tetapi dalamnya lembut, sedap dimakan, isinya luar biasa. Secara tak langsung, belum tentu mencerminkan sifat diri seseorang. Ibarat pepatah lama yang mengatakan, "Don't judge book by its cover."


4. Durian itu harganya mahal
Kita harus menjunjung harga diri kita, jangan sampai diremeh atau diperlekehkan orang lain, setiap manusia adalah berharga, kedudukannya sama di mata Tuhan, jangan pula merendahkan orang lain.


5. Durian itu bermusim
Dalam erti kata lain tidak setiap hari ada ia ada, maka durian itu unik. Kita menjadi manusia juga diciptakan unik, berbeza antara satu sama lain. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.


6. Durian tidak akan jatuh dari pohonnya sebelum matang
Setiap hal memerlukan waktu, jika kita belum berjaya, atau usaha kita belum membuahkan hasil, jangan berputus asa, mungkin masih ada kesalahan dalam prosesnya, yang pasti semua akan indah pada waktunya, bersabar sahaja, tetapi tetap berusaha, pasti jalan anda akan dibukakan Tuhan Yang Maha Kuasa.




Sepintas lalu tentang durian:
  • Durian adalah nama tumbuhan tropika yang berasal dari Asia Tenggara. Nama ini diambil dari ciri khas kulit buahnya yang keras dan berlekuk-lekuk tajam sehingga menyerupai duri. Sebutan popularnya adalah "raja dari segala buah" (King of Fruit), dan durian adalah buah yang kontroversi. Meskipun banyak yang menyukainya, terdapat juga sebahagian yang lain tidak menyukai aromanya.
  • Spesies durian yang banyak dapat ditemui di Pulau Kalimantan. Kawasan-kawasan sekitarnya juga memilki beberapa jenis durian, seperti Mindanao, Sumatera, dan Semenanjung Malaysia meskipun tidak semelimpah Kalimantan. Meskipun demikian, pengeksport utama durian adalah Thailand dan Malaysia, yang mampu menghasilkan baka durian bermutu tinggi dan sistem pertanian yang baik. Tempat lain yang turut ditanam durian dengan orientasi eksport adalah Mindanao di Filipina, Queensland di Australia, Kamboja, Laos, Vietnam, India, dan Sri Lanka.
  • Setiap 100 gram seulas durian mengandungi 67 gram air, 28.3 gram karbohidrat, 2.5 gram lemak, 2.5 gram protein, 1.4 gram serat; serta memiliki nilai tenaga sebesar 520 kJ. Durian juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin C; serta kalium, kalsium dan fosforus.
  • Kerana baunya yang kuat, beberapa perkhidmatan melarang pelanggannya membawa durian, misalnya di kabin kapal terbang, di kenderaan pengangkutan awam ataupun dibawa ke hotel. 
  • Bagi penggemar durian, agar tidak menimbulkan perkara yang tak menyenangkan terhadap mereka yang tidak menyukai bau durian, dipercayai terdapat petua mudah untuk menghilangkan bau durian di jari-jari tangan dan mulut. Jari tangan dibersihkan dengan meramas-ramas jari di dalam air di dalam pangsa durian dan air basuhan tersebut tidak dibuang, tetapi digunakan untuk berkumur.
  • Menurut banyak cerita yang berkembang di masyarakat (urban legend), durian dianggap sebagai makanan yang panas, dan sehabis makan durian biasanya tubuh akan berpeluh. Cara yang mudah digunakan untuk mengatasinya adalah dengan menuangkan air kosong pada bahagian kulit buah yang telah kosong, lalu diminum. Selain itu, musim durian biasanya terjadi bersamaan dengan musim manggis, iaitu buah yang dianggap mennyejukkan badan. Dengan demikian, kedua buah kemudian dimakan bersama-sama.
  • Secara ilmiah, apa yang dilakukan di atas tidak pernah dibuktikan dengan kajian terperinci. Kemungkinannya ialah kerana kandungan nutrisi durian yang padat, mereka yang makan durian sering makan terlalu banyak sehingga akhirnya mengalami kenaikan tekanan darah. Hal ini merupakan reaksi yang alamiah jika terlalu banyak memakan makanan apapun.



 sumber: http://www.exelroze.info

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”