Terjadinya bencana
struktural akibat kegagalan enjin pada Rolls-Royce Trent 800 yang
dipakai di Boeing 777-200 MAS.
Kebanyakan pesawat diperbuat dari aluminium
sehingga seiring perjalanan waktu akan kalis terhadap corrosion, terutama
pada kawasan-kawasan dengan kelembaban tinggi. Namun melihat pada sejarah
panjang pesawat termasuk catatan keselamatan yang baik, para pakar menepis kemungkinan ini terjadi pada MH370.
Tambahan pula pesawat ini memiliki dual-enjin, yang jika berlaku sesuatu pada enjin utama, ia masih mempunyai backup daripada enjin kedua.
Melainkan terjadinya kes seperti pesawat Boeing 777 milik Bristish Airways yang jatuh sekitar 300 meter dari landasan Lapangan Terbang Heathrow di London pada Januari 2008. Pesawat kehilangan daya graviti kerana adanya pembentukan ais dalam sistem bahan bakar menyebabkan kegagalan pada dua enjinnya.
TEORI 2. Cuaca buruk
Boeing
777-200 dirancang untuk tetap boleh terbang sekalipun dalam keadaan ribut taufan.
Meskipun demikian, pada Jun 2009 pesawat milik Air France yang terbang
dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris terhempas di Lautan
Atlantik akibat cuaca buruk. Seluruh penumpang yang jumlahnya 228 orang
termasuk krew pesawat terkorban. Pilot juga tidak pernah menghantar isyarat kecemasan.
Tetapi dalam kes MAS MH370, cuaca sedang
dalam keadaan cerah. Disebabkan itu para pakar menepis kemungkinan MH370 jatuh
akibat cuaca buruk.
TEORI 3: Disorientasi pilot
Hipotesisnya, pilot menjalankan sistem autopilot dan pergi meninggalkan cockpit. Ketika menyedari berlaku sesuatu pada pesawat, ternyata ia sudah terlambat.
Namun kemungkinan ini terjadi pada MH370
juga ditepis para pakar kerana pesawat itu boleh terbang hingga 2-3 jam
sejak terakhir dihubungi, yang bermaksud masih dapat menempuh jarak hingga
4800 kilometer. Namun, MH370 ternyata tidak masuk ke dalam sistem radar
pengendali lalu lintas udara lainnya ketika hendak keluar dari pusat kawalan di Kuala Lumpur.
Tambahan pula setiap pesawat akan ditemani oleh co-pilot bagi membantu kapten. Dan jika pun berlaku sesuatu pada pesawat pada ketika ini, pilot masih sempat untuk berkomunikasi atau menghantar isyarat kecemasan
TEORI 4: Bom
Teori ini antara kemungkinan yang sedang disiasat oleh pihak DCA dan pihak berkuasa di Malaysia. Pada Januari lalu, pihak berkuasa Amerika Syarikat pernah mengeluarkan amaran tentang ancaman bom kasut kepada syarikat-syarikat penerbangan di dunia, berdasarkan hasil risikan pihak berkuasa negara itu.
Namun, teori ini juga masih belum dapat dibuktikan.
TEORI 5: Claustrophobic failure
Dalam sebuah penerbangan, bahagian paling
berbahaya adalah ketika perlepasan dan mendarat. Jarang terjadi insiden
ketika pesawat sudah berada 7 mil di atas permukaan bumi. Bahkan catatan
statistik Boeing menunjukkan hanya 9 peratus kemalangan terjadi ketika pesawat sudah berada di ketinggian.
Namun khusus MH370, pesawat tiba-tiba
lenyap dari radar. Kalaupun terjadi kegagalan mesin pada Boeing 777-200, maka juruterbang tentu masih
sempat menghantar isyarat kecemasan.
Para pakar menduga telah terjadi
sesuatu yang cepat sehingga juruterbang tidak sempat membuat panggilan
darurat. “Tidak adanya isyarat kecemasan menunjukkan sesuatu yang begitu
mendadak dan terjadi sangat pantas,” ulas William Waldock, pakar
penyelidikan kecelakaan pesawat dari Embry-Riddle Aeronautical
University, Amerika Syarikat.
Claustrophobic failure boleh terjadi akibat kegagalan enjin, pesawat kehilangan kuasa, letupan (bom), ataupun pesawat terlanggar sesuatu.
TEORI 6: Pesawat Meletup
Pengamat penerbangan yang juga editor di laman airlineratings.com, Geoffrey Thomas menduga pesawat MH370 tiba-tiba meledak di udara. Alasannya, kerana tidak ada panggilan mayday yang dibuat pilot sebagai tanda kondisi darurat.
Kapten John M Cox, CEO di Safety Operating System yang menghabiskan 25
tahun umurnya di dunia penerbangan mengatakan, salah satu indikator
pertama tentang hal yang terjadi pada MH370 adalah ukuran serpihan
pesawat. Jika ukuran serpihannya besar dan tersebar hingga bermil-mil
jaraknya, maka pesawat kemungkinan pecah di ketinggian. Hal itu menunjukkan adanya pengeboman atau kerosakan besar pada struktur pesawat.
Tetapi jika serpihannya tersebar di kawasan yang kecil, maka kemungkinan pesawat jatuh dari ketingian 35 ribu kaki dan pecah saat menyentuh air. Meskipun demikian Cox tidak mahu berspekulasi lebih banyak.
Tetapi jika serpihannya tersebar di kawasan yang kecil, maka kemungkinan pesawat jatuh dari ketingian 35 ribu kaki dan pecah saat menyentuh air. Meskipun demikian Cox tidak mahu berspekulasi lebih banyak.
TEORI 7: Ditembak oleh tentera
Ini hanyalah sekadar teori meskipun kemungkinannya kecil. Kejadian pesawat komersial ditembak oleh pihak ketenteraan pernah terjadi pada Julai 1988 ketika pesawat Iran Air ditembak oleh USS Vincennes. 299 penumpang dan krew Iran Air maut. Insiden serupa terjadi pada Korean Air yang ditembak jatuh oleh jet tempur Rusia pada 1983.
Perlu diketahui bahawa kawasan laut China Selatan adalah kawasan tegang yang sering menjadi rebutan di antara beberapa negara antaranya China, Vietnam, Filipina, Taiwan dan termasuklah Malaysia. Kawasan ini sering terjadi perbalahan antara kuasa-kuasa tentera oleh negara-negara sekitarnya.
Namun teori ini mungkin boleh disangkal kerana laluan yang digunakan oleh MH370 ini disifatkan sebagai laluan penerbangan paling sibuk di mana dikatakan setiap 10 minit akan ada pesawat yang melalui laluan ini.
TEORI 8. Hijacked/Diserang Pengganas.
Ini adalah teori yang hangat diperdebatkan ketika ini. Terdapat beberapa kes atau hipotesis yang diutarakan oleh pemerhati untuk menyokong teori ini.
Pertama, Ketua Koordinasi, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan terdapat dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu. Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria. Berdasarkan laporan pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri sejak dua tahun lalu ketika di Thailand. Laman CNN pula mendedahkan kedua-dua penumpang ini membeli tiket pesawat secara online melalui China Southern Airline (syarikat perkongsian kod MAS) dengan menggunakan kad kredit/debit yang sama dan nombor booking secara berturutan. Kedua-dua ini disyaki sebagai pengganas. Namun dakwaan ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
Kedua, berdasarkan laporan akhbar New Straits Time hari ini yang memetik temubual dengan seorang juruterbang MAS yang dalam penerbangan ke Jepun memberitahu sempat menghubungi pesawat MH370 berkata dia ada mendengar bunyi bising 'mumbled', seolah-olah berlaku sesuatu di dalam kokpit pesawat tersebut. Bagaimanapun laporan ini bertentangan dengan kenyataan pusat kawalan udara yang menyatakan tiada sebarang komunikasi berlaku. Kemungkinan bunyi 'mumbled' itu daripada seseorang yang memecah masuk ke kokpit, atau seseorang sedang memberi 'sesuatu arahan'.
Ketiga, rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan 'air turn back' atau berpatah balik, menunjukkan sesuatu mungkin berlaku. Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali
Daud berkata, penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan
agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu."Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada
isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa,"
katanya.
Keempat, sesetengah pendapat mengaitkannya dengan insiden keganasan di Kunming, China pada minggu lalu dimana sekumpulan pengganas memecah masuk ke dalam sebuah keretapi awam dan menikam orang ramai. Seramai 29 orang terkorban. Fakta kes di mana 3/4 daripada penumpang MH370 adalah warganegara China dan berlakunya insiden pasport palsu, boleh menguatkan hipotesis ini.
TEORI 9: Kesilapan Juruterbang/ Bunuh Diri
Ini juga sekadar teori dan andaian, berdasarkan beberapa kes sebelum ini seperti yang terjadi pada pesawat Air France 447 pada 2007 di mana hasil bedah siasat dari rakaman kotak hitam mendedahkan sebahagian punca daripada pesawat itu terhempas adalah disebabkan oleh kegagalan juruterbang untuk bertindak balas terhadap kegagalan beberapa instrument di dalam kapal terbang itu.
Begitu juga dengan kejadian pesawat Silk Air yang terhempas selepas hasil bedah siasat menunjukkan punca ia terhempas disebabkan oleh tindakan bunuh diri juruterbang pesawat itu sendiri.
Namun dalam kes MH370, ia adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.
TEORI 9: Kesilapan Juruterbang/ Bunuh Diri
Ini juga sekadar teori dan andaian, berdasarkan beberapa kes sebelum ini seperti yang terjadi pada pesawat Air France 447 pada 2007 di mana hasil bedah siasat dari rakaman kotak hitam mendedahkan sebahagian punca daripada pesawat itu terhempas adalah disebabkan oleh kegagalan juruterbang untuk bertindak balas terhadap kegagalan beberapa instrument di dalam kapal terbang itu.
Begitu juga dengan kejadian pesawat Silk Air yang terhempas selepas hasil bedah siasat menunjukkan punca ia terhempas disebabkan oleh tindakan bunuh diri juruterbang pesawat itu sendiri.
Namun dalam kes MH370, ia adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.
source: http://www.jpnn.com, utusan malaysia, CNN, dailymail
Semoga pesawat tersebut secepatnya diketemukan
ReplyDeleteobat mencert untuk bayi.
obat diare pada bayi.
obat penyakit bronkitis.
obat liver yang aman.