Skip to main content

Mustahil Malaysia, Indonesia, Filipina Akan Turun Salji - Jabatan Metereologi





“Suhu sejuk daripada biasa yang dirasai di kebanyakan tempat terutama kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini disebabkan tiupan angin timur laut yang agak kencang dari tanah besar China yang kini sedang mengalami musim sejuk.


“Adalah agak mustahil untuk negara beriklim tropika seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina mendapat salji kerana suhu udara secara umumnya tinggi sepanjang tahun.” Demikian jelas Pegawai Meteorologi Bahagian Khidmat Korporat dan Komersial Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Dr Mohd Hisham Mohd Anip yang meminta orang ramai supaya tidak mempercayai kononnya cuaca sejuk yang berlaku di negara ini dipengaruhi kejadian salji di negara jiran.

Sebaliknya, beliau berkata, secara relatifnya, Januari dan Februari merekodkan suhu minimum yang lebih rendah berbanding bulan lain di kebanyakan tempat di seluruh negara.

“Selain itu, keadaan cuaca yang baik dan tidak berawan di seluruh negara sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal pagi.

“Keadaan atmosfera tanpa awan boleh disamakan seperti tiada selimut untuk memanaskan badan kita kerana selimut adalah awan dan badan pula bumi menyebabkan suhu terasa lebih sejuk berbanding biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus di laman media sosial yang mendakwa suhu di beberapa negeri termasuk Perlis yang dijangka mencatat bacaan serendah 17 darjah Celsius pada Sabtu ini selain di pantai timur semalam yang turut mencatatkan bacaan sama.

Mengulas dakwaan itu, Mohd Hisham berkata, stesen meteorologi di Chuping, Perlis pernah mencatatkan suhu terendah 17.8 darjah Celcius pada Februari 1994, tetapi semalam bacaannya pada 22 darjah Celcius.
“Suhu terendah dicatatkan pada tahun ini ialah di Kuala Krai, semalam pada bacaan 17.2 darjah Celcius yang sama seperti Februari 1993.

Setakat ini, memang kita tidak menerima sebarang laporan mengatakan cuaca sejuk ini akibat daripada negara jiran yang berlaku salji.

“Salji hanya boleh terbentuk pada takat beku iaitu kosong atau setidak-tidaknya satu atau dua darjah Celcius,” katanya sambil menasihati orang ramai supaya merujuk laman web JMM atau menghubungi agensi berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang sahih.



sumber: harian metro

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”