Pelakon Diana Amir sah bergelar isteri kepada Mohd Habibbullah A
Rahman, seorang kakitangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok,
Kedah dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat.
Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin.
Pengantin perempuan diwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.
Pada majlis itu Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin.
Kedua-dua belah pihak tidak menyediakan sebarang hantaran pada majlis tersebut.
Pasangan tersebut sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon berkenaan.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.
sumber: mstar, mig online, henry yamashita, sinar harian
Comments
Post a Comment