Skip to main content

Pelik, Ritual Mandi Air Liur Di India



Ritual kuno berumur ratusan tahun di India ini mengajar masyarakat Hindu kasta rendah untuk berguling pada sisa makanan yang dibuang oleh kasta lebih tinggi. Ia dilakukan kerana dipercayai dapat menghilangkan penyakit. Yang unik, meskipun ritual ini telah ditentang oleh banyak pihak, masih ada segelintir kelompok pengamal ritual ini yang masih melakukannya sehingga ke hari ini.
 

Ritual ini disebut sebagai 'Made Snana' bermaksud mandi ludah, iaitu ritual yang umum dilakukan di daerah Karnataka ketika perayaan rutin yang dilakukan di kuil berumur 4000 tahun iaitu kuil Kukke Subramanya. Ritual ini juga dilakukan di kuil Sri Krishna di bandar Udupi.

Sebagai  sebahagian daripada ritual kuno, para Dalit, sebutan untuk anggota kasta paling rendah, berguling melintasi sisa makanan yang dimakan para brahmana, sebutan untuk orang dengan kasta lebih tinggi. Dengan bergulingnya mereka pada sisa makanan tersebut, diyakini, semua kesusahan dan penyakit akan hilang dan disembuhkan.

Festival rutin ini diikuti oleh sehingga 25000 orang yang berguling pada ‘sisa makanan’ para Brahmana.

Sementara, di sisi lain, terdapat sebahagian Dalit yang bergabung dalam Organisasi Kesejahteraan Dalit, yang menganggap ritual ini tidak berperikemanusiaan dan tak dapat diterima. Jika memang dapat menyembuhkan penyakit secara efektif, seharusnya kerajaan pusat menutup hospital dan badan kesihatan formal yang lainnya. Ritual ini dianggap menjadi sebuah hal yang sangat tidak ilmiah dan menjijikkan.
 

Bagaimanapun, salah seorang pengikutnya, seorang ahli astrologi, Kabyadi Jayarama Acharva menjelaskan bahawa ritual ini tidak ada kaitannya dengan pembahagian kasta. “para Brahman yang makan dianggap sebagai representasi dewa Subramanya, dan sisa mereka dianggap berkat dewa. Saya sendiri berguling snana ketika berumur 16 tahun dan penyakit kulit saya sembuh.

Beberapa pihak yakin bahawa terdapat kesan psikologi yang timbul ketika melakukan ritual ini sehingga menyebabkan keyakinan pada diri mereka meningkat dan membantu menyembuhkan penyakit atau bahkan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.


 


sumber: www.unic29.com



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”