Menurut kalendar kaum Maya, esok bersamaan 21 Disember 2012 (Jumaat), akan berlaku hari kiamat, hari berakhirnya keseluruhan dunia dan isi alam.
Kisah mengenai hari kiamat bersandarkan kalendar kaum Maya sudah menjadi satu berita sensasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mengenai kisah kaum Maya yang wujud sejak zaman Mesopotamia di Columbia, mereka diakui mempunyai kemahiran dalam bidang kesenian, pembangunan, metematik dan astronomi.
Kalendar Kaum Maya
Melihat kepada kalendar kaum Maya, ia adalah satu kalendar yang mempunyai hari sangat-sangat panjang berbanding kalendar biasa, dengan 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari pada tahun lompat.,
Tetapi satu putaran lengkap kalendar Maya bersamaan dengan 3,040,000,000 hari atau 63,123,288 tahun.
Kaum Maya mula mengira kalendar mereka setelah meyedari mereka adalah generasi terakhir daripada 4 generasi. Menurut mereka, manusia dicipta untuk hidup hanya dalam 4 generasi.
Tiga generasi pertama telah pupus atau dimusnahkan dan kaum Maya beranggapan Tuhan telah menciptakan mereka sebagai generasi terakhir.
Saintis telah mengira kembali tarikh terakhir generasi ke-3 yang dimusnahkan iaitu pada 11 Ogos 3114 Sebelum Masihi, sekaligus menandakan bermulanya tarikh baru kalendar Maya iaitu 12.0.0.0.0.
Oleh itu tarikh 21.12.2012, menandakan bermulanya kalendar Maya baru, 13.0.0.0.0. yang juga dikatakan fasa generasi terakhir dalam kalendar Maya.
Dikatakan pada tarikh inilah sebuah planet iaitu Planet Nibiru akan mengganggu sistem graviti Bumi berikutan sistem magnetik yang kuat daripada planet tersebut dan akhirnya memusnahkan bumi.
Tempat Selamat Dari Kiamat
Di Bugarach, sebuah bandar kecil Perancis yan gmemiliki Gunung Pic de Bugarach setinggi 1230 meter di selatan Perancis dipercayai menjadi satu-satunya tempat di dunia yang 'mampu' selamat daripada hari kiamat.
Menurut pihak yang percaya dengan hari kiamat itu, sejumlah makhluk asing dan sebuah UFO akan muncul untuk menyelamatkan mereka dan ia telah mengakibatkan ramai pengunjung hadir secara tiba-tiba.
Golongan itu percaya terdapat sebuah garaj kapal angkasa di kawasan pergunungan itu yang bakal menyelamatkan golongan yang mempercayainya.
Ini telah menimbulkan kebimbangan kepada Datuk Bandar Bugarach, Jean Pierre Delord kerana bandar itu hanya didiami seramai 180 orang. Polis dan tentera telah dimaklumkan untuk berdepan dengan bilangan orang ramai yang dijangka tiba secara mendadak di bandar berkenaan.
Kaum Maya Tidak Percaya Hari Kiamat
Pemimpin Kaum Maya di Guatemala, Filipe Gomez meminta kerajaan menghentikan sambutan besar-besaran pada tarikh tersebut di Guatemala City yang dijangkakan seramai 90 ribu orang akan hadir. Namun sambutan ini digambarkan sebagai menghina budaya suku itu.
" Bagi suku Maya tarikh ini bererti akan berlaku perubahan besar terhadap diri seseorang, keluarga dan komuniti selain mewujudkan keseimbangan dan harmoni antara manusia dan alam," kata Gomez.
Ahli antropologi juga berpandangan kaum Maya sendiri tidak melihat tarikh tersebut sebagai hari kiamat tetapi sebagai bermulanya kalendar baru dalam hidup mereka.
Walau secanggih mana pun sesuatu bangsa atu ciptaan mausia tiada yang mampu menandingi ilmu ALLAH SWT. hanya DIA yang mengetahui bila harinya. Sama2lah kita mempersiapakan diri kita dgn Amal ibadat...
ReplyDeleteHanya Allah Yang Tahu kapan datangnya hari kiamat itu
ReplyDeletetetep saja kalau tuhan ga menghendaki
ReplyDelete