Ini berita yang benar-benar luar biasa dari Jerman. Sebuah
supermarket di bandar Suederluegum, di Frisia Utara (sempadan Jerman dan
Denmark), bernama Priss Supermarket memberikan promosi berbelanja secara percuma bernilai 270 Euro setiap seorang kepada 100 pelanggan pertama pada hari pembukaannya 18
Jun 2012 yang lalu. Syarat bagi 100 pelanggan pertama tersebut untuk dapat
menikmati shopping percuma tersebut ialah mereka harus berbogel ketika membeli-belah.
Untuk mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan, pasukan polis tempatan menyediakan sekitar 250 kakitangan mereka dengan 20 orang daripadanya berkawal di dalam supermarket untuk mengawasi mereka yang telanjang ini.
Pengurus pasaraya tersebut, Nils Sterndorff, tidak menjangka bahawa promosi tersebut mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat. Pada awalnya mereka menjangka sekitar belasan orang sahaja yang berani “menjawab” cabaran untuk berbogel ini, namun sebaliknya beribu orang yang datang dan amat bersemangat menyahut cabaran tersebut.
Oleh sebab itu, mereka terpaksa mengizinkan masuk lebih dari 100 orang, yang terbahagi kepada 20 sesi. Kebanyakan yang memanfaatkan kesempatan ini adalah warga Denmark berbanding warga Jerman sendiri.
sumber: memobee.com
haha....:O
ReplyDelete