Dia membotolkan cecairnya dalam botol-botol kecil dan sering mendapat permintaan daripada rakan-rakan pejabatnya. Walau bagaimanapun, dia dibuang kerja sebagai jurutaip akibat kerjanya yang selalu bermasalah. Graham mula berjinak-jinak dengan perniagaan dan penyelidikan sehingga beliau dapat menghasilkan produk yang terbaik.
Dia pernah menjual produknya kepada IBM tetapi ditolak dan terus menjualnya secara langsung selama 17 tahun. Dia menukarkan nama "Mistake Out" kepada "Liquid Paper" dan pada tahun 1968, Gillette Corporation membeli Liquid Paper pada harga AS$47.5 juta termasuk royalti.
Pada tahun 2000, Liquid Paper telah dibeli oleh syarikat Newell Rubbermaid, syarikat Papermate adalah anak syarikat Newell Rubbermaid yang banyak mengeluarkan alatan tulis di dunia.
sumber: gempak.org
walaupun dibuang keje tapi beliau tetap berjaya menghasilkan sesuatu barang yg sampai sekarang org guna..hebat...
ReplyDeletemakcik kayo makcik kayo
ReplyDeletedibuang koje tp kayo..huhuhu
ReplyDelete