Boleh diminum. Itulah rumusan dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke 95 pada 16 hingga 18 Jun lalu berhubung isu minuman ringan buah-buahan berperisa malta, Barbican yang mencetuskan kegemparan berikutan dakwaan kandungan alkohol melebihi jumlah dibenarkan.
Ketika mengumumkan perkara itu, pengerusinya, Tan Sri Abdul Shukor Hussin berkata, selepas berbincang dan meneliti beberapa keputusan muzakarah sebelum ini berkaitan alkohol dalam makanan dan minuman serta ubat-ubatan, pihaknya membuat keputusan minuman berkenaan dan beberapa jenis yang lain diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak boleh diminum.
Menurutnya, alkohol terkandung dalam minuman terbabit juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak serta dengan kadar sedikit dan tidak memabukkan adalah dibolehkan bersesuaian dengan keputusan muzakarah pada kali ketujuh pada 1984, ke 19 pada 1987 dan ke 91 pada tahun lalu.
“Muzakarah juga menasihatkan supaya pengeluar minuman berkenaan tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada umat Islam. Justeru, orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan status minuman ini kerana ia sudah diputuskan halal,” katanya dalam sidang media, semalam.
Abdul Shukor berkata, pihaknya mendapati kandungan alkohol di dalam Barbican adalah kurang daripada 0.01 peratus iaitu pada kadar dibenarkan untuk produk akhir sebanyak 0.05 peratus sekaligus tidak mendatangkan kesan yang memabukkan jika diminum.
“Kami juga ingin maklumkan kadar 0.01 peratus seperti dilaporkan di dalam media bukanlah hasil muzakarah kerana kami dapati jika ia ditetapkan pada kadar itu, banyak jenis makanan dan minuman yang bukan diproses untuk pembuatan arak akan diambil kira.
“Jadi, kami putuskan untuk buat kajian lebih terperinci dan menyeluruh supaya kadar ditetapkan selaras dengan kaedah hukum syarak,” katanya.
Menurutnya, dibantu pakar Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM), jawatankuasa merumuskan setiap minuman arak mengandungi alkohol dan bukan semua alkohol itu adalah arak dan jika ia diperoleh dari pembuatan arak, hukumnya haram.
Selain itu katanya, muzakarah khas berkenaan juga menetapkan alkohol diperoleh bukan menerusi proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum kerana ia racun yang boleh membunuh.
Katanya, minuman ringan dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti membuat arak sama ada kandungan alkoholnya sedikit atau banyak haram diminum begitu juga dengan alkohol disuling.
“Makanan atau minuman yang mempunyai alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya hukumnya tidak najis dan boleh dimakan atau diminum.
“Manakala yang mengandungi bahan perisa atau pewarna mengandungi alkohol untuk penstabilan adalah boleh digunakan sekiranya ia tidak dihasilkan menerusi proses pembuatan arak dan kuantiti dalam produk akhir tidak melebihi 0.5 peratus,” katanya.
Berikut merupakan rumusan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan:
a) Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol adalah arak. Hukum bagi alkohol yang diperoleh daripada proses pembuatan arak adalah haram dan najis.
b) Alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum dalam bentuk asli kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
c) Minuman ringan yang diproses bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah 1 peratus adalah harus (boleh) diminum.
d) Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
e) Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.
f) Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak lebih 0.5 peratus.
g) Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
sumber: harian metro, utusan malaysia
drpd kte was2, baek takyah minum terus. dulu kte slalu gak beli air neh. sebab byk jual kat U. byk lagi air lain boleh minum ^^
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete@beLLaagree~
ReplyDeletekalo di perap tu maybe pening jgk kepala minum :D
ReplyDeletedunia akhir zaman... kalau sudah hukum Allah haram, itu tetap haram...
ReplyDeletebukanlah nak minum sgt..
ReplyDeletetapi cuba lah baca betol2 sebelum buat keputusan
"“Kami juga ingin maklumkan kadar 0.01 peratus seperti dilaporkan di dalam media bukanlah hasil muzakarah kerana kami dapati jika ia ditetapkan pada kadar itu, banyak jenis makanan dan minuman yang bukan diproses untuk pembuatan arak akan diambil kira."
"Menurutnya, dibantu pakar Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia (UPM), jawatankuasa merumuskan setiap minuman arak mengandungi alkohol dan bukan semua alkohol itu adalah arak dan jika ia diperoleh dari pembuatan arak, hukumnya haram."
"Selain itu katanya, muzakarah khas berkenaan juga menetapkan alkohol diperoleh bukan menerusi proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum kerana ia racun yang boleh membunuh."
tak faham kenapa nak pertikaikan benda yg diputus oleh mufti..
tapi rokok yg diputuskan mufti tu haram..tak mau pulak berenti isap dan tegur..
Tak payah la nak menyukarkan benda yg dh mudah..Mufti2 lagi tau daripada kita yg jahil nie...diorg buat keputusan berdasarkan sains dan ilmu agama.. sape kita nk pertikaikan keputusan nie.. apa2 pn terpulang pada individu..kalu x nak ikut jgn la hentam suka hati tanpa ilmu...menampakkan kedangkalan sendiri...
ReplyDeletebanyak lagi air lain boleh minum
ReplyDeletenk minum buat apa? baik xyah minum langsung. jgn nk kata kan fatwa tu btul & bole minum.
ReplyDeletedh terang2 dlm al-quran benda2 gini. skit pun dh bole memabuk kan ni kan kandungan isi alkohol tu.,..
korang fikir baik je la
dr korang minum jadi haram pula. korang lg yg susah. baik jgn minum langsung.
salam... dalam sains kimia, alkohol ni ada byk jenis... alkohol dlm minyak wangi tidak sama rantaian nya dgn alkohol dalam arak... dalam tapai yg kita makan, tapai pulut tu.. ada jugak alkoholnya.. sbb ia proses penapaian... so, lepas ni nk makan tapai ke x? wallahualam
ReplyDeletebanyak lg air lain boleh minum.kenapa nak minum yg menyerupai beer ni jugak?ok,minuman ni halal,tp kenapa perlu packaging nye mcm botol beer?buat bntuk lain xboleh?sikit demi sikit fikiran kita diracun.mula2 try la yg ni,lepas tu nti nk try beer btol pulak.
ReplyDeleteBersangka baik jela senang..
DeleteNak minum or xnak minum hak individu..
Kalau ada yg yakin halal after mufti bgtau benda ni halal,bolehlah..
Kalau was2 takyahlah minum tp jgb meracuni fikiran orang lain dgn pemikiran kolot..wallahualam..
Islam itu mudah....dalm Al-QURAN sume ade...perihal manusia dan perihal dunia...kita je yg tak kaji dan dalami ilmu2 dalam kitab tu..saudara anonymos jika dilihat byk merumitkan keadaan...kalau sedara tak suka minum itu hak masing2...jgn kotorkan pemikiran dengan perkara2 mudah...kalau setakat bentuk botol itu bukan nilai untuk kita bandingkan...botol 7UP,KICKAPO,SPRITE,JENAMA AIR SEPERTI ROOT 'BEER'....SUME TU DIPACK DALAM BOToL KACA YG SEAKAN2 botol arak dan yg nyata ianya bukan sama sekali arak...setiap ape yg di kaji mengenai perkara diatas mmg ade khilafnya....dan ade sukatannya....mufti akan cakap haram bila ditanya ttg alkohol dan penggunaannya...tapi bila dihujahkan mengenainya dia juga akan menilai semula...kerana Allah s.w.t maha pembijaksana,maha mengetahui,maha pemurah....diberiNya akal supaya kita tak kolot melakukan kesalahan atau musykil kepada semua
ReplyDeleteperkara...dan mudah untuk tunduk patuh kepadaNya....
Sekadar perkongsian...ada kesalahan harus la tegur saya...InsyaAllah majukan islam demi syurga firdausi...saya takdak akaun dalam sini so guna anonymus punya nama....sory bro....apepon kita saudara....Assalammualaikum
Deletekalau tak silap aku kat uk brand nie ada tapi tetap arak jugak...
ReplyDeletemai sabar... nak minum jugak tunggu masuk syurga...
Biarlah Allah SWT sahaja yg menentukan.. Dia maha mengetahui, lg maha bijaksana... kita ni bkn cerdik pandai, bkn alim ulama'.. salah satu objektif kewujudan Majlis Fatwa Kebangsaan ni adalah utk merungkaikan segala permasalahan umat islam di negara kita.. sekiranya ada percanggahan pendapat, rujuklah pd mereka yg cerdik pandai.. MFK juga adlh 1 organisasi yg bkn suka2 keluarkan fatwa, mrk akan bermusyawwarah tlebih dahulu, sblm satu2 fatwa itu dikeluarkan.. sekiranya Halal, maka halallah ia.. sekiranya haram, haramlah ia... sekiranya kita beranggapan bahawa kita ni golongan cerdik pandai / alim ulama' dlm bab agama, dipersilakan mintak keje dgn MFK...!! jgn tlalu menghentam, cuba renung sejenak sekiranya kita di tempat MFK, fatwa yg kita sendiri keluarkan dihentam oleh individu2 tertentu, apakah perasaan kita pd masa itu.. kalau kita rasa kita pandai, ALLAH LG MAHA BIJAKSANA.. klu kita rasa kita tahu sume benda, ALLAH LG MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU YG KITA SENDIRI TIDAK TAHU... klu kita rasa kita perfect, ALLAH MAHA SEMPURNA!! kita manusia biasa, x lari dr kesilapan n kekhilafan... tepuk dada tanya selera... WALLAHU A'LAMU BISSOWAAB... (mohon terasa pd yg berkenaan).
ReplyDeletereplica designer bags replica bags china luxury replica bags
ReplyDelete