Skip to main content

Semua pun nak tiru! - Pengaruh K-pop di Asia Tenggara

Demam K-pop nampaknya telah menular di Asia Tenggara. Ianya bukan hipotesis, tesis mahupun anti-tesis. Ianya satu fakta! Malahan fenomena ini bukan saja muncul di negara-negara seperti Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia malah dah pun menular hingga ke negara-negara Arab. Bayangkanlah pak-pak Arab tu dok nyanyi and dance ala-ala K-pop....

Super Junior
Entri kali ni nak menyingkap beberapa kumpulan pop ala-ala K-pop yang ditubuhkan di beberapa negara Asia Tenggara. Fenomena K-pop ini telah mewujudkan satu aliran baru dalam industri muzik di negara-negara terbabit, misalnya Vietnam menggelarkan industri pop mereka sebagai V-pop dan Filipina sebagai P-pop. Malaysia pula sebagai apa? Hehe...

Berikut di bawah ini adalah beberapa kumpulan yang ditubuhkan menggunakan/meniru konsep kumpulan K-pop popular seperti Super Junior, SNSD, DBSK, Wonder Girl dan macam2 lagi...


1. Kumpulan  XLR8
Kumpulan XLR8 (pronounce accelerate) ni berasal dari Filipina  dan dianggotai oleh 8 orang lelaki kacak/jambu. Mereka digelar sebagai Super Junior of Philippine. Single pertama mereka berjudul You're So Hot adalah lagu yang diolah semula dari lagu Sorry Sorry oleh Super Junior.
 Korang boleh usha video klip diorang di bawah ni...




2. Kumpulan SMASH
Kumpulan ini pula berasal dari Indonesia, dianggotai oleh 7 orang jejaka yang agak jambu. Ditubuhkan pada pertengahan 2010, kumpulan ini dikatakan meniru konsep sebuah kumpulan yang juga bernama SMASH dari Korea Selatan. Korang boleh check single pertama diorang bertajuk I Heart You di bawah...




3. Kumpulan G20
Kumpulan yang dianggotai oleh 5 gadis cun-melecun ini berasal dari Thailand. Mereka ini digelar sebagai SNSD of Thailand, dan bukan sahaja popular di negara mereka sendiri, malah turut popular di Korea. Kalau korang tengok video klip di bawah ini, korang akan tahu mengapa diorang digelar sebagai SNSD of Thailand...



4. Kumpulan HKT
Kumpulan HKT ini sangat terkenal di arena V-pop (di Vietnam). Walaupun hanya dianggotai oleh 3 orang ahli, mereka juga mempunyai sub kumpulan mereka sendiri yang digelar HKT-M dengan 6 orang ahli. Kumpulan ini dikatakan meniru konsep kumpulan Beast dari Korea yang menjadi pertikaian hangat oleh peminat-peminat Beast.




5. Kumpulan DyNda
Kumpulan ini berasal dari Singapore tetapi membuat label muzik mereka di Malaysia, di bawah kendalian Cat Farish. Single pertama mereka bertajuk Hanya Kamu...(Babe) dikatakan meniru lagu kumpulan After School dari Korea. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila klik sini.

 


So, jika fenomena ini diumpamakan seperti demam, bilakah demam itu akan kebah? Dan persoalannya sekarang, perlukah nak tiru?


Comments

  1. biasa la tu...skrg musim korea..lpas ni mana tau musim malaysia lak...hhahahaha

    ReplyDelete
  2. tu lah sempoi bila kita ada identiti sendiri.

    orang akan tertarik dan seterusny akan menjadi ikon pencetus :)

    ReplyDelete
  3. aku tak suka...takde identiti la wehhhhhh..
    *emo semacam*

    ReplyDelete
  4. pada aku takde salahnya...even k-pop sniri tiru american pop..diorg ni just nk memeriahkan industri.bab identiti tu diorg bleh create sniri kalu kreatif..even k-pop takes time sblm diorg ada identiti sniri..tak salahnya, bukan masalah besar pun

    ReplyDelete
  5. ok jer kot at least muzik yg depa tiru ni dari asia..
    lagu k-pop ni bes.. lirik pon suci.. x cam barat.. geli..hohoho

    dari tiru si gaga pelik tu baik tiru k-pop..hehehe

    ReplyDelete
  6. ika xminat korea..
    dont know y..hi3

    tp kwn baik ika sgt2 obses dgn k-pop nie..
    tnye je la pe2 pasal k-pop, insyaAllah dia bley jwb,ha3

    ReplyDelete
  7. elooo..nape perlu tiru being original kan lebih best...btul x???nanti law demam korea dah habis dorang2 nie pun tenggelam gak la ek...hihihi...just opinion je...

    ReplyDelete
  8. biar kita dikenali dengan identiti sendiri la..unik..pastu kalo dah ramai sangat nak tiru k pop tu..siapa nak mengetengahkan budaya dan identiti negara mereka sendiri..?it's a big deal for me..hehehe..peace..

    ReplyDelete
  9. g20 tu kalo tgk videoklip mmg mcm korea@snsd..tp bila dgr lagu bru tau siam..hmm

    ReplyDelete
  10. wah.. suka2.. kump XLR8 tu sebijik cam suju.. tapi, still x ley lawan lagi laa.. hehe..

    ReplyDelete
  11. dulu hampir terkena deman k-pop, tapi dapat tepis.

    sekarang minat lagu jepun, terutamanya op dan ed anime. OvO

    ReplyDelete
  12. benci betol la tgok artis skunk ske tiru artis kpop fevret aku..

    ReplyDelete
  13. Waaaaw ! Saya kira hanya di Indonesia saja kena Korean wave ,ternyata wilayah Asia tenggara yang lain juga kena wabah K-Pop ya ? ^^

    Alangkah Indahnya apabila mereka menggunakan imej sendiri tak usah tiru2 negara orang ...
    Hmmm what the meaning of KEBAH ? I really don't know Bahasa melaya , I am Sorry T___T

    Blog anda sangat menarik walaupun saya tak terlalu paham bahasa melaya , but BLOG INI KEREN ! Saya suka suka suka ...

    ReplyDelete
  14. wat malu je jadi kpop tak jadi.~o~

    ReplyDelete
  15. k-pop is k-pop....
    walau sebijik mcm maner pun diorang tiru, k-pop is still the best coz i prefer the original one....
    and for Malaysian artist...
    kita ada identiti kita sendiri...
    lagu2 Malaysia pun ada jugak yang sedap didengar (ada la segelintir artis yg lagunya entah apa2)...
    buat apa nak tiru orang???

    ReplyDelete
  16. Rasanya Dynda tu okay je,tak nmpak pun mcm kpop.Drpd band vietnam,indon,thailand tu nmpak gak sebijik tiru Kpop! haaaaaa ~ apalah korang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”