Pemerintah Arab Saudi bimbang nasibnya akan jadi seperti Hosni Mubarak dan Gaddafi
Pemerintah Arab Saudi dikabarkan berniat membeli laman sosial Facebook dengan tawaran harga sebanyak US$150 billion. Sumber kerajaan menyatakan Raja Abdullah kecewa dengan Mark Zukerberg yang membiarkan revolusi di Timur Tengah dan Afrika Utara sehingga tidak terkawal.
Baginda dikhabarkan telah melakukan pertemuan rahsia dengan pengasas Facebook itu pada 25 Januari lalu. Zuckerberg berjanji tidak akan membiarkan ada laman pemberontakan di Facebook, tetapi sehingga sekarang laman-laman pemberontakan tetap ada di Facebook, termasuk laman-laman yang menyaksikan revolusi di Mesir dan Libya.
Raja Abdullah tidak punya pilihan lain, baginda dikatakan telah mendapat nasihat daripada lembaga kewangan Goldman Sachs yang berpusat di New York untuk membeli Facebook dan membersihkan semua ruang pemberontakan. Tawaran yang yang diberikan adalah USD150 billion.
Melalui penasihat kewangan yang lain sebelum itu, Raja Abdullah diperlihatkan aliran kewangan Facebook yang memperlihatkan nilainya tidak melebihi dari US$ 1 billion, dan tidak akan memberikan keuntungan. Namun, Raja Abdullah melemparkan laporan kewangan itu ke dalam tong sampah dan memecat penasihatnya lalu memutuskan untuk mengalihkan mandat bank pelaburannya kepada Goldman Sachs yang memberi harga USD 150 billion.
Namun para pakar kewangan menilai Zuckerberg tidak akan mengambil tawaran itu, dan akan menunggu hingga Raja Abdullah menawarkan nilai sehingga USD 500 billion. Seorang sumber kerajaan yang tidak mahu namanya disebut membantah kenyataan itu. “Perkara seperti itu adalah tidak berasas,” katanya.
Berdasarkan data statistik terakhir, pengguna Facebook di Arab Saudi menjangkau sehingga 2.3 juta orang atau sekitar 8% daripada populasi penduduk negara itu. Manakala di Mesir pengguna Facebook mencapai 3.4 juta, di Libya lebih dari 150 ribu, di bahrain 220 ribu, di Oman 160 ribu dan di Tunisia mencapai 1,6 juta orang pengguna.
sumber: http://www.tempointeraktif.com
kaya betul ye raja saudi tu
ReplyDeletepeh.. nilai sebenar fb x sampai 100bil pun
ReplyDeletedsht la weyh
ReplyDelete