Encik Billy masih sukar mempercayai bahawa wanita di Arab Saudi tidak dibenarkan memandu. Sebetulnya, apa yang salahnya jika wanita memandu kereta? Adakah ia melanggar hukum Islam? Tidak...tidak sama sekali. Ia hanyalah sebuah undang-undang paling pelik di dunia ciptaan manusia yang lebih berbentuk penindasan bagi kaum wanita.
Wanita Saudi dinafikan hak untuk memandu kereta |
Dan kini, seiring dengan perkembangan dunia teknologi maklumat, segelintir anak muda Arab Saudi membentuk satu kumpulan khas dalam Facebook bagi mendesak pemimpin negara itu membenarkan wanita memandu.
Pengasas kumpulan itu, Hilal al-Harithy, berkata mereka bercadang mengemukakan petisyen kepada kerajaan diketuai Raja Abdullah untuk memberi hak memandu kepada wanita negara itu.
“Kami berharap dapat melihat wanita dibenarkan memandu tiga tahun lagi,” katanya kepada media. Menurut Hilal, untuk sementara, gerakan itu belum dianggap sebagai satu kempen kerana ia hanya petisyen dalam talian.
Katanya, ia dimulakan kerana anak muda Arab Saudi menganggap wanita negara itu mempunyai hak sama seperti wanita negara lain dalam dunia.
“Kedudukan wanita Arab Saudi setaraf dengan wanita lain dan tiada sebab mengapa mereka dilayan sebegini,” katanya.
Selain itu, kata Hilal, mereka memahami majoriti wanita Arab Saudi berdepan masalah pengangkutan. Justeru, katanya, penyelesaian boleh dicapai jika kerajaan membenarkan wanita memandu sendiri. Ahli kumpulan itu, Maha Tahir, berkata Islam sendiri tidak menafikan hak wanita.
“Justeru, gerakan ini mahu menggalakkan orang ramai berbincang mengenai masalah wanita dan cara menyelesaikannya,” katanya.
Sehingga kini, kumpulan itu disertai 3 ribu pemilik akaun Facebook dan sambutannya sangat menggalakkan kerana ia semakin popular dari sehari ke sehari. Mereka mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 15,000 tandatangan sebelum petisyen itu diserah kepada Abdullah.
Selain penduduk Arab Saudi, gerakan itu turut berusaha mendapatkan sebanyak mungkin sokongan di kalangan warga negara berkenaan yang menetap atau bekerja di luar.
nice info. ya, harap2 wanita arab akan lebih terjaga hak mereka..kesian pula sampai pandu kereta pun x boleh
ReplyDeletememandu kereta xde mslh kot.. rasenye
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeletemintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
JazakAllahu Khairan