The Wave adalah formasi batu pasir yang terletak di Amerika Syarikat, berhampiran dengan sempadan Arizona dan Utah di lereng terkenal Coyote Buttes, di padang gurun Paria Canyon-Vermilion Cliffs, iaitu di Dataran Tinggi Colorado.
Kawasan ini sangat terkenal di kalangan jurugambar disebabkan oleh bentuk-bentuk formasi batu pasir yang berombak, bercorak dan berwarna unik. Juga terkenal dikalangan para pendaki yang sukakan cabaran lasak untuk naik ke puncaknya kerana tiada track pendakian yang disediakan.
The Wave terbentuk dari batu pasir era Jurassic iaitu Navajo Sandstone yang berusia kira-kira 190 juta tahun. Para saintis yang mengkaji The Wave mengatakan bahawa gunung pasir tua ini berubah keras menjadi batu yang disalut selama berabad-abad, mengapur di lapisan menegak dan melintang. Hakisan oleh angin dan hujan telah menjadikan pemandangan indah dan spektakuler seperti yang dilihat sekarang.
Comments
Post a Comment