Skip to main content

Samsung Galaxy S III Meletup! Punca Belum Diketahui





Suatu ketika dulu, apabila iPhone meletup, ia mendapat liputan meluas media. Semalam, kes yang lebih kurang sama berulang lagi - telefon yang paling hangat di pasaran ketika ini - Galaxy S III - menerima nasib yang sama.

Kejadian yang tidak menyenangkan itu berlaku di Ireland. Sebuah telefon Galaxy S III berwarna putih yang dibeli daripada Carphone Warehouse sedang dicas bateri pada sebuah kereta apabila asap putih tiba-tiba muncul daripada bahagian bawah telefon. Berikut adalah beberapa gambar yang dirakam:






Gambar-gambar ini telah beredar secara meluas di Internet sejak semalam. Namun pemilik tersebut, seorang lelaki bernasib baik kerana tiada sebarang kecederaan dan dia mendapat telefon baru secara langsung dari Samsung, manakala unit yang bermasalah telah dihantar ke ibu pejabat syarikat untuk siasatan terperinci.

Ia hanya kes terpencil buat masa ini. Samsung telah mengeluarkan kenyataan rasmi:

    "There have been recent online posts displaying pictures of a Samsung GALAXY SIII that appears to have heat-related damage at the bottom of the device. Samsung is aware of this issue and will begin investigating as soon as we receive the specific product in question.

    Once the investigation is complete, we will be able to provide further details on the situation. We are committed to providing our customers with the safest products possible and are looking at this seriously."


 source: gsmarena

Comments

  1. Ini adalah berita palsu; setelah kajian dibuat oleh pakar2 Samsung, 2 minggu lepas itu didapati bukannya S 3 itu meletup, tetapi dimasukkan kedalam micro-vawes oleh pemiliknya untuk dikeringkan setelah smartphone mahal itu terjatuh kedalam air....Bengong betul pemilik tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”