Skip to main content

Produk-Produk Zionis di Sekeliling Kita






Salah satu bentuk pembelaan kita kepada saudara seaqidah dan menjadi usaha paling ampuh terhadap Zionis adalah dengan memboikot produk-produk penyumbang kepada Israel.


Boikot Israel. Kerana setiap kita yang membeli produk-produk penyumbang Zionis itu, kita memberikan sekian ringgit dan dolar untuk Zionis yang kemudian dibelikan peluru untuk ditembak ke tubuh pejuang, wanita dan kanak-kanak Palestin.

Mari ambil sedikit masa berkenalan dengan produk 'prestij' yang menjadi kebiasaan kita selama ini, dan inilah saatnya kita semua mengerti apa dan siapa yang berada disebalik semua ini.




Coca-Cola
Tahun 1997, delegasi misi ekonomi Israel memberikan penghargaan Israel Trade Award kepada Coca-Cola atas kesetiaan mereka memberi bantuan kepada negara itu selama 30 tahun. Coca-Cola juga menolak seruan Liga Arab untuk memboikot Israel.

Pada Februari 2002, Coca-Cola bekerja sama dengan friend of Israel menjadi sponsor ceramah tokoh Zionis, Linda Gradstein, di Universiti Minnesota.

Tahun 2002, Coca-Cola membangunkan kilang di atas tanah milik Palestin yang dirampas Israel. Ini hadiah Israel atas sumbangan jutaan dolar Coca-Cola kepada mereka.

Produk yang masih berafiliasi dengan Coca-Cola adalah Dr Pepper, Fanta, Fruitopia, Kia Ora, Lilt, Sprite, Sunkist, dan Schweppes.



Mc Donald's
Menurut Chicago Jewish Community Online (laman web milik Dana Syarikat Yahudi Chicago), Markas Besar Mc Donald's Corporation yang berpangkalan di luar Chicago, adalah cabang perniagaan Syarikat Dana Yahudi (Jewish United Fund-JUF) dan Federasi Yahudi (Jewish Federation).

Salah satu tujuan JUF adalah menjaga dokongan ketenteraan, ekonomi, dan diplomatik Amerika Syarikat, mengawasi, bahkan mengawal pemberitaan media ke atas Israel. Salah satu CEO Mc Donald's, Jack M. Greesberg, adalah anggota kehormat Badan Dagangan dan Industri Amerika-Israel (Israel-America Chamber of Commerce).


Johnson & Johnson
Tahun 1998, wakil perusahaan Johnson & Johnson, Roger S. Fineon, mendapat penghargaan Jubilee Award dari Perdana Menteri (PM) Israel, Benyamin Netanyahu. 

Penghargaan tertinggi ini diberikan atas dasar kesetiaan Johnson & Johnson memperkuat ekonomi Israel.

Sejumlah produk Johnson & Johnson beredar di Malaysia adalah barangan bayi dan kanak-kanak, antara lain: Johnson Baby Powder, Johnson Baby Lotion, Johnson Baby Shampoo, Johnson Baby Oil, dan Johnsons Baby Cologne.



Nestlé
Satu perusahaan dengan Johnson &  Johnson. Beberapa jenama produk Nestlé yang dipasarkan di Malaysia antaranya ialah Nescafé, Nestlé Milo, Kit Kat, Aiskrim Nestle, Maggie, dan pelbagai lagi.



Danone
Tahun 1998, Franck Riboud, yang berasal dari Israel, atas nama perusahaan Danone, menerima penghargaan Jubilee Award yang diberikan Perdana Menteri (PM) Israel, Benyamin Netanyahu. Danone Institute, sudah didirikan di Israel sejak Julai 1998.

Danone dikenal memiliki banyak jenama air mineral di seluruh dunia. Di Asia mereka tampil dengan jenama Yilli, di Indonesia Aqua, di China Wahaha. Dan di Malaysia, antara produk mereka yang terkenal adalah Oreo, Aqua, Ritz, dan keju Kraft.



L'Oreal
Dianggap sahabat rapat Israel dan telah menanamkan modal pelaburan besar-besaran di Negara Yahudi itu. Kongres Yahudi Amerika telah menyatakan 'keputusannya' dengan perusahaan ini yang disebut-sebut sebagai 'teman hangat'. 

L'Oreal telah menetapkan Israel sebagai pusat perdagangan di Timur Tengah dan telah meningkatkan pelaburan dan pembuatan produk di negeri itu. Masih satu kumpulan dengan mereka adalah Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Halena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La rocheposay, Carson.



Starbucks Cofee
Direktor Starbucks, Howard Shult, dikenali sebagai aktivist Zionis yang kuat. Tahun 1998 dia diberi penghargaan Isarel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award oleh Jerussalem Fund of Aish HaTorah.

Sejak meletus perang atas Lebanon, pemimpin Syarikat Starbuck menyumbang setengah keuntungannya untuk Israel .

"Mendukung Yahudi dengan secangkir kopi", ungkapan tersebut sering terdengar ditujukan kepada penggemar Starbuck Cafe.

Di saat banyak perusahaan lain mati-matian menarik diri dari Israel, Starbucks sebaliknya memutuskan  untuk menolong ekonomi Israel yang sedang krisis dan menanam modal untuk membuka counter Starbucks di Israel (Shalom Coffee Co).



Revlon
Menurut majalah Forbes, pemodal syarikat ini, Ronald Perelman, adalah seorang Zionis. Dia dikenal sebagai pendukung utama Zionis dan juga anggota The Simon Wiesenthal Center, kelompok ternama di dunia dan kerap mempromosikan Israel.



Nokia
Pengurus Am Nokia, Lars Wolf, mengatakan dalam sebuah wawancara dengan The Jerusalem Post, 4 May 2001, “Kami benar-benar berfokus pada israel dari semua sudut pandang kaerana kami memiliki projek dalaman bernama Project Israel.”



IBM
International Business Machines Corporation (IBM) diketahui memiliki hubungan rapat  dengan Israel. Senior Vice President IBM, Ricciardi lawrence, dalam sebuah wawancara dengan Akhbar Israel, The Jerusalem Post, mencatat bahawa syarikat ini telah mengupah 1700 orang Yahudi. IBM merupakan tiga dari perusahaan yang dipuji dalam acara malam penghargaan demokrasi The American – Israel Friendship League (AIFL), 25 Jun 2001, yang diselenggarakan Ariel Sharon, bekas PM Israel.



Marks & Spencer
Sir Marcus Sieff, chairman M&S, menulis dalam sebuah buku bahawa tujuan perusahaan ini adalah untuk membantu perkembangan ekonomi Israel (Management: The Marks & Spencer Way, Weidenfield & Nicolson, 1990). M&S mendukung Israel dalam bentuk dagangan sekitar $233 juta setahun (Jerusalem Report, 5 Juni 2000).



Time Warner Inc
Time Warner Inc dikenal sebagai raksasa media. Wakil Direktor Time Warner, Kenneth Novack, pernah secara terang-terangan mengaku bahawa sangat menguntungkan bekerjasama dengan Israel.

Satu kumpulan dengan Time Warner adalah TIME Magazine, Life Magazine, Time-Life Books, CNN (TV Network), Warner Bros, dan ICQ (Internet chat program).



Delta Galil Industries Ltd
Delta Galil, salah satu syarikat tekstil terbesar di Israel. Pendiri dan pemegang saham utama perusahaan ini, Dov Lautman, merupakan sekutu rapat Presiden Israel, Ehud Barak.

Jenis produk perusahaan ini adalah produk-produk Nike, Reebok, Caterpillar, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Redup, Old navy Dockers, Celio, J.Crewa, JC Penney,  Lou Riders, Pryca, Hema, Auchan, Lindex, Tchibo Tati, Colombia. Syarikat ini juga turut memiliki rangkaian pasaraya runcit Carrefour.



Philip Morris


Phillip Morris telah mendermakan 12% keuntungannya untuk Israel. Dengan rata-rata margin keuntungan sehari sebesar 10%, atau $80 juta sehari, maka $9.6 juta uang dari umat Islam diberikan kepada Israel.

Produk-produk di bawah payung Philip Morris adalah Marlboro, Merit, L&M, Sampoerna Tbk, Lark, Winston, Gold Cost, Côted'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince, Benson & Hedges dan West.



Estée Lauder
Direktor Estée Lauder, Ronald Lauder, adalah salah seorang ketua Persidangan Presiden Organisasi Yahudi-Amerika. Sekarang, beliau menjabat jawatan sebagai presiden Dana Nasional Yahudi (Jewish national Fund).

Selain dikenal seorang Zionis, Ronald Lauder juga aktif di dalam beberapa organisasi Yahudi, diantaranya The Conference of President of Major American Jewish Organitations, The Jewish national Fund, The World Jewish Congres.



News Corporation
News Corporation adalah raksasa media milik Rupert Murdoch yang melabur besar di Israel. News Corp adalah satu dari 3 perusahaan yang mendapat pujian atas sokongannya kepada Israel dalam America-Israel League Partners for Democracy Award Dinner 25 Jun 2001. Murdoch sendiri menjadi wakil penyelenggara acara tersebut.

Group News Corp adalah Fox TV Network, NBC,  20th Century Fox Film, Fox Kids, Sky TV Network, dan Star TV Network, national Geographic (journal & TV), new of the World, the Sun, Independet Newspaper Ltd, Newsphotos, Sunday Herald, Sunday Mail, Amerika: The New York Post, Harper Collins Book Publisher, Ragan Books, Zondervan, Nursey World, Raskus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records.



Kelab Bola Sepak  Arsenal

Mac 2006, Innovative Minds dan lembaga HAM Islam (The Islamic Human Right Commision) melakukan kempen memboikot kelab bola  sepak Arsenal (Arsenal Football Club) atas keterlibatannya dalam mempromosikan Israel sebagai tempat tujuan utama pelancongan.

***

p/s: Senarai ini memang tidak memberi tahu kepada pengguna bahawa sebenarnya mereka adalah orang yahudi, tentu saja tidak. Namun, kita sudah menjadi salah satu pengguna setia yang secara tidak langsung sudah menopang ekonomi orang yahudi selama ini. Walaupun ramai yang menganggap usaha memboikot produk-produk ini sebagai sia-sia dan tidak membawa kemana-mana, anggaplah ia sebagai salah satu jihad kecil kita untuk agama. Mungkin pada pandangan manusia nampak kecil, tetapi pada pandangan Allah, besar nilainya.


sumber: http://www.atjehcyber.net


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.