Skip to main content

Bangsa Jepun Berasal Dari Suku Kaum Yahudi Yang Hilang?





Bagaimana mungkin Jepun, negara yang terletak secara relatifnya jauh dari Mesir, iaitu pusat dan asal-usul Kabbalah (ajaran Yahudi) memiliki kaitan, malah diyakini merupakan suku-sakat Bani Israil (Yahudi) yang dikatakan hilang. Bukankah orang Jepun memiliki kepercayaannya sendiri yang diberi nama Shintoisme dan orang-orang Israel juga memiliki kepercayaan mereka sendiri yang dinamakan Agama Yahudi dengan kitab Talmudnya?


Persoalan besar ini dijawab oleh dua tokoh pengkaji sejarah Jepun-Yahudi iaitu Pendeta Arimasa Kubo dan Joseph Eidelberg. Kedua bangsa yang kelihatannya berbeza, Jepun dan Yahudi, ternyata memiliki banyak kesamaan dalam tradisi kunonya.

Yang pertama bernama Arimasa Kubo. Dia merupakan orang asli Jepun yang dilahirkan di bandar Itami di Hyogo pada tahun 1955 dan lulus dari Tokyo Bible Seminary pada tahun 1982. Pada usia 22 tahun, Arimasa Kubo telah mendapat kepercayaan untuk memimpin majalah penginjilan Remnant dan mengetuai Gereja Tokyo selama enam tahun. Ketika ini, Pendeta Arimasa Kubo memimpin Remnant Publishing dan pengajar tetap di Bible and Japan Forum.

Arimasa Kubo melakukan kajian mendalam ke atas tradisi asli bangsa Jepun dan Yahudi. Beliau menemui banyak persamaan di antara keduanya sehingga yakin jika sekiranya asal usul bangsa Jepun sebenarnya masih berdarah Yahudi dari suku kaum yang hilang. Hasil penelitiannya ini diterbitkan dalam banyak artikel dan buku. Salah satunya buku berjudul “Israelites Came to Ancient Japan”.
 

Sementara itu, Joseph Eidelberg pula merupakan pengkaji berdarah Yahudi menulis buku “The Biblical Hebrew Origin of the Japanese People”.

Berikut di bawah ini dipaparkan sebahagian kecil persamaan di antara tradisi kuno bangsa Jepun dengan tradisi kuno bangsa Yahudi atau Bani Israel yang berasal dari buku Pendeta Arimasa Kubo.


Ontohsai Dan Kisah Ishak

Salah satu persamaan di antara tradisi kuno bangsa Jepun dengan Yahudi terdapat dalam upacara tradisional. Terdapat satu festival atau upacara di Jepun yang mengilustrasikan kisah Ishak. Di wilayah Nagano, Jepun, terdapat sebuah kuil besar Shinto bernama “Suwa-Taisha”. Shinto sendiri merupakan agama tradisional  Jepun yang menyembah Amaterasu, Dewa Matahari, sama seperti bangsa Mesir kuno yang menyembah Dewa Ra, Dewa Matahari.

Setiap 15 April, di Suwa-Taisha diadakan festival tradisional bernama “Ontohsai”. Festival ini menggambarkan kisah Ishaq seperti yang terdapat dalam Bab 22 Kitab Kejadian (Genesis), iaitu kisah mengenai Ibrahim yang hendak mengorbankan putranya sendiri, Ishak. Festival “Ontohsai” ini diselenggarakan sejak zaman dahulu kala dan dianggap sebagai festival terpenting di “Suwa-Taisha”.

Di sebelah kuil “Suwa-Taisha”, terdapat sebuah gunung bernama Gunung Moriya (dalam bahasa Jepun disebut “Moriya-san”). Penduduk di wilayah Suwa memanggil dewa Gunung Moriya dengan sebutan “Moriya no kami”, yang bererti “dewa Moriya”.

Pada festival tersebut, seorang kanak-kanak lelaki diikatkan dengan tali pada sebuah pilar kayu, lalu ditempatkan di atas tikar buluh. Seorang pendeta Shinto menghampiri kanak-kanak tersebut sambil menyiapkan sebilah pisau. Sebelum pisau itu diayunkan, tiba-tiba datang seorang pembawa pesan yang kemudian membebaskan kanak-kanak lelaki itu dari ritual korban. Hal ini tentu saja mengingatkan kita pada kisah ketika Ishak dibebaskan setelah malaikat datang pada Ibrahim.


Ritual sebegini juga terdapat dalam tradisi umat Islam yang dikenali dengan Iedul Adha, hanya dalam Islam yang akan dikorbankan oleh nabi Ibrahim adalah Ismail bukan Ishak seperti pemahaman penganut kristian.

Di Jepun yang dikorbankan adalah 75 ekor rusa, yang satu di antaranya diyakini cacat kupingnya. Rusa ini dipercayai telah dipersiapkan oleh tuhan. Hal ini mungkin ada kaitannya dengan biri-biri jantan yang dipersiapkan tuhan dan kemudian dikorbankan setelah Ishak bebas. Namun pada zaman dahulu, penduduk berfikir bahwa kebiasaan pengorbanan rusa ini adalah perkara yang aneh, kerana pengorbanan binatang bukanlah sebuah tradisi Shintoisme.

Penduduk mengatakan festival ini sebagai “festival untuk dewa Misakuchi”. “Misakuchi” mungkin berasal dari “mi-isaku-chi”. “Mi” bererti “besar”,“isaku” mungkin saja bermaksud “Ishak” (dalam bahasa Hebrew adalah “Yitzhak”), dan“chi” adalah sesuatu (semacam partikel-pen) yang dipakai untuk akhir suatu kata. Tampaknya penduduk Suwa menjadikan Ishak sebagai dewa, mungkin kerana pengaruh dari para kaum pagan.


Kini upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki dan pembebasannya tidak lagi dipraktikkan, tetapi kita masih dapat melihat pilar kayu yang disebut“oniye-basira” yang bererti “pilar pengorbanan” (sacrifice-pillar). Kini penduduk menggunakan haiwan tiruan sebagai pengganti binatang asli dalam melaksanakan pengorbanan.

Bagi rakyat di zaman Meiji, lebih kurang satu abad silam, mengikat seorang kanak-kanak lelaki yang diikuti dengan pengorbanan binatang dianggap sebagai perbuatan biadab, dan kebiasaan tersebut dihentikan. Tetapi festival itu sendiri sehingga kini itu masih berlangsung.

Upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki tersebut masih dipertahankan sehingga permulaan zaman Meiji. Masumi Sugae, seorang golongan terpelajar Jepun dan pencatat perjalanan yang hidup di zaman Edo, lebih kurang dua abad silam, menulis catatan perjalanannya dan mencatat apa yang beliau lihat di Suwa.

Catatan ini memperlihatkan keterangan detail mengenai “Ontohsai”. Catatan ini mengatakan bahawa upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki dan pembebasannya tersebut, serta pengorbanan binatang, masih berlangsung pada zaman Sugae. Catatan Sugae ini tersimpan di muzium berdekatan Suwa-Taisha.

Pada hari ini festival ini dipertahankan oleh keluarga Moriya sejak zaman dahulu kala. Keluarga Moriya berfikir bahawa “Moriya-no-kami” (dewa Moriya) adalah dewa keturunan mereka. Dan mereka berfikir bahawa “Gunung Moriya” adalah tempat suci mereka.

Nama “Moriya” mungkin berasal dari “Moriah” (dalam bahasa Hebrew adalah “Moriyyah”) yang juga terdapat dalam kitab Injil Kejadian 22: 2. Keluarga Moriya menyelenggarakan festival tersebut selama 78 generasi.





sumber: http://zilzaal.blogspot.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.