Skip to main content

Kos Memliki Kereta di Malaysia Adalah Yang Terendah di ASEAN






Kos keseluruhan bagi pemilikan kenderaan di Malaysia adalah antara yang terendah di ASEAN, menurut satu analisis perbandingan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, harga kenderaan di Malaysia diakui tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain seperti Thailand namun jika dihitung dengan harga petrol, insurans dan cukai jalan, kos pemilikan kenderaan di negara ini masih lagi rendah.

"Tidak adil untuk membuat perbandingan daripada segi harga kereta sahaja sedangkan untuk memiliki sesebuah kenderaan, pengguna perlu membayar harga petrol, insurans, cukai jalan dan sebagainya, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengambil contoh kereta Toyota Vios 1.5 liter dengan transmisi manual, Mustapa berkata, pembeli di Malaysia perlu membayar kos kereta sebanyak RM87,313 berbanding di Thailand hanya RM69,000 manakala Indonesia pula adalah RM78,550.

Namun setelah dihitung secara keseluruhan merangkumi harga kereta, harga petrol, insurans dan cukai jalan, pembeli di Malaysia hanya perlu membayar sejumlah RM125,361 berbanding RM146,475 di Thailand dan RM147,283 (Indonesia).

Malah menurut beliau, sekiranya pengguna di Malaysia tidak diberi subsidi petrol seperti mana negara-negara ASEAN yang lain, kos pemilikan kereta Vios tersebut hanyalah RM133,005, masih rendah berbanding Thailand dan Indonesia.

Andaian itu dibuat dengan mengambil kira pengguna mengisi petrol tangki penuh seminggu sekali, bayaran cukai jalan dan insurans tahunan selama lima tahun.

Analisis perbandingan tersebut mendapati harga petrol Ron 95 di Malaysia adalah yang terendah berbanding negara-negara lain.

Malah Malaysia menduduki tangga ketiga paling rendah untuk bayaran cukai jalan tahunan selepas Vietnam (tiada bayaran cukai jalan) dan Filipina (RM306) manakala Singapura merekodkan bayaran tertinggi sebanyak RM2,756 diikuti Indonesia (RM1,837).

Negara turut menduduki tangga ketiga bayaran insurans tahunan terendah kira-kira RM3,062 selepas Filipina (RM2,847) dan Vietnam (RM3,062).

Manakala Singapura merekodkan bayaran insurans tahunan tertinggi dengan RM7,960 diikuti Thailand (RM6,736) dan Indonesia (RM4,593).


p/s:  banyak perkara yang boleh dipertikaikan daripada laporan Miti ini. Antaranya on what basis/assumptions or conditions digunakan untuk come out with this analysis? di mana detailed breakdown of how the figures are derived? dan macam-macam lagi la. Laporan ini seolah-olah nak mewajarkan harga kereta yang mahal di Malaysia. Encik Billy lebih prefer harga kereta yang murah (means kita tak perlu berhutang banyak dengan bank), berbanding kos pemilikan kenderaan secara keseluruhan yang dijadikan andalan dalam laporan ini, sebab ia lebih bersifat assumption.


sumber: utusan malaysia


Comments

  1. statistik rubbish by Miti..its like it is issued to cover something

    ReplyDelete
  2. Perlu disemak loan kereta harus follow loan rumah, reducing balance bukan straight line method.

    ReplyDelete
  3. Yup, setuju dgn incik Billy...harga mintak kita sepatutnya lbh murah, kenapa tak bandingkan harga petrol kita dgn harga petrol pengeluar minyak yang lain?

    ReplyDelete
  4. Kat china lagi murah, murah semurahnya.

    ReplyDelete
  5. Last time check harga vios basic dekat Indonesia, RM51000.

    ReplyDelete
  6. nk kira semua harga kreta,insuran,petrol n cukai jalan..tol knp x kira skali?? org yg ada kepentingan je bg alasan bodoh n membodek mcm ni? apa sj yg kerajaan buat,,yg jadi mangsa tetap rakyat. menteri2 kerajaan skarang ni akan terus bodek n membodek utk kepentingan sendiri. pd dorang rakyat malaysia ni bodoh2 belaka.!

    ReplyDelete
  7. korg menteri2 bleh la ckp senang sbb gaji besar n byk kemudahan korg dpt..abis rakyat jgak merana sbb korg mkn duit rakyat tuk kepentingan korg yg hnya tggu ms tuk mamposs...puuiihhh

    ReplyDelete
  8. harga sebuah suzuk swift tanpa cukai ialah Rm30k berbanding selepas cukai iaitu sebanyak rm78k.. ada lecturer saya bawak balik kereta di Jepun, model Honda stream dengan kos rm41k termasuk kos bawa pulang. sebab dia student, tak kena AP... dan tergelak jika membandingkan dengan negara thailand kerana harga petrol. Thailand, harga petrol mmg mahal, tetapi harga gas dia murah. Semua kereta proton yg export ke thailand dilengkapi sistem cng. Miti ada berani ke nak bandingkan dengan Dubai? Hrga persona k di dubai versi elegance cuma rm28k, ditambah dengan minyak murah. Malaysia suka ambil fakta yg berat sebelah... bila ada kes air, mungkin mereka akan kata, malaysia lebih baik dari somalia kerana somalia sangat kekurangan air... sebab tu malaysia tak pernah maju sekarang, seba suka bandingkan benda yg mundur ke belakang. Dr mahathir jugak la yg suka bandingkan malaysia dgn negara maju seperti jepun...

    ReplyDelete
  9. menteri low class..rakyat dah xbdooh dah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.