Skip to main content

Satu Keluarga Ini Kesemuanya Berpayudara Palsu





Sebuah keluarga di UK, mencipta rekod unik di mana hampir kesemua anggota wanita keluarganya telah menjalani pembedahan untuk membesarkan payudara. Mulai dari ibu dan 4 anak perempuannya, kesemuanya berpayudara palsu.


Mereka telah menghabiskan sekitar 3 liter silikon yang dimasukkan ke dalam payudara melalui 13 pembedahan plastik.

Chantal Marshall (53 tahun), ibu kepada keluarga Marshall, memiliki ukuran payudara bersaiz 32GG yang diperoleh daripada 4 kali pembedahan plastik. Emma (30 tahun) juga memiliki ukuran 32GG setelah 3 kali pembedahan, Terri (27 tahun) dengan ukuran 34HH setelah 3 kali pembedahan, Tara (26 tahun) menjalani 2 kali pembedahan untuk memperoleh ukuran 34F dan Ripley (21 tahun) berukuran 32DD setelah satu kali pembedahan.

Satu-satunya wanita  di keluarga Marshall yang memiliki payudara semulajadi adalah Britney, itu pun kerana dia masih berumur 14 tahun dan belum boleh melakukan pembedahan payudara.

Bagaimanapun ibunya telah mendorong Britney untuk melakukan pembedahan pembesaran payudara jika sudah cukup umur, iaitu 18 tahun.

Chantal menjalani pembedahan  pertamanya pada tahun 1996 setelah bersalin yang mana membuatkan keadaan payudaranya menjadi kurang menarik.

Menurutnya, pembedahan payudara telah membuat hidupnya menjadi lebih baik. Ibu 9 anak ini benar-benar ingin kelihatant seperti selebriti Katie Price.

Malah apabila anak-anak perempuannya cukup umur, mereka juga mulai mengikut jejak sang ibu untuk memperbesar payudaranya. Lima wanita ini setidaknya telah menghabiskan sekitar 50000 poundsterling (sekitar RM 300, 000) untuk memperbesar payudara dan mendapat jolokan The Kardashians dari East Midlands.

sumber: http://palingseru.com, the sun

Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.