Entah betul, entah tidak, tetapi berdasarkan sumber di Gempak.org, gambar ini dirakamkan di THE STORE, SRI PETALING. Promosi minuman arak Calsberg sempena Ramadhan. Astaghfirullahhalazim...jika betullah gambar ni, nauzubillah! Satu penghinaan terhadap Islam.
Update:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
menyelar tindakan sebuah pasar raya di ibu negara yang mengeksploitasi
istilah ‘Ramadan Sale’ untuk jualan minuman keras.
Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh
mengambil tindakan terhadap premis berkenaan mengikut peruntukan yang
ada.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penyiaran di Internet gambar jualan murah minuman keras sebuah pasar raya tertera perkataan ‘Ramadan Sale’, selepas menyampaikan amanat khas kepada warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kompleks Pusat Islam, semalam.
Sementara itu, difahamkan Bahagian Hab Halal Jakim telah memeriksa
premis berkenaan semalam dan tanda harga ‘Ramadan Sale’ di pasar raya
tersebut sudah ditanggalkan.
sumber: harian metro
Comments
Post a Comment