Skip to main content

Kucing Gemuk Luar Biasa Akhirnya Mati




Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg, namun seekor kucing di Santa Fe, AS yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk


Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.

Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.

Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.



Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas. Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.

"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.

Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.

sumber: kosmo

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.