Skip to main content

10 Selebriti Lelaki Terkacak di Malaysia (versi Mingguan Malaysia)






Bercakap tentang lelaki kacak, nama-nama seperti Johnny Depp, Brad Pitt, George Clooney dan Ryan Gosling, pantas terpacul daripada mulut kita tanpa perlu berfikir panjang. Ini kerana menyenaraikan lelaki kacak dan wanita jelita memang menjadi kebiasaan bagi media Barat.


Namun wajarkah gelaran terkacak atau tercantik di dunia hanya dimonopoli oleh mereka dari dunia sebelah sana? Apa kurangnya lelaki rantau Asia seperti bintang ternama Rain dari Korea Selatan, Nicholas Saputra dari Indonesia atau Takeshi Kaneshiro dari Jepun berbanding mereka. Ya, bezanya media Asia termasuk di Malaysia jarang-jarang sekali mensensasikan gelaran terkacak atau tercantik itu. Tetapi itu tidak bermakna tidak ada mereka yang layak memasuki senarai itu di Malaysia.

Tinjauan rambang ke atas golongan wanita daripada yang bujang muda, sudah agak berusia, sudah berkahwin mahupun beranak empat mendapati rata-ratanya cukup teruja menyebut nama lelaki kacak pilihan mereka. Hidung mancung, mata redup, senyuman manis bak gula dan badan sasa menjadi antara ciri yang diambil kira. Melihat kepada senarai yang jumlahnya berpuluh-puluh itu, apa yang dapat dirungkaikan adalah kacak di mata wanita bukan sahaja pada luaran tetapi beberapa kriteria lain yang dianggap bonus berganda kepada mereka.

Ada yang merasakan lelaki berpakaian santai tetapi lincah di dapur amat kacak dan seksi. Ada juga yang berpendapat kacak dengan akal fikiran serta kerjaya yang mantap memenuhi kriteria lelaki dambaan mereka.

Tidak kurang juga yang menegaskan kalau kacak dan hebat bersukan, lelaki itu dianggap paling hebat di mata mereka.

Berikut adalah senarai pendek 10 orang lelaki kacak pilihan Mingguan Malaysia. Perlu diingatkan, kacak atau cantik, terpulang kepada mata yang memandang. Apa pula pandangan anda?


1) Datuk Sheikh Muszaphar Shukor


Beliau ialah Angkasawan Malaysia yang pertama menjejakkan kaki di angkasa lepas pada 25 September 2007. Sheikh Muszaphar juga seorang doktor bedah ortopedik.

Jejaka tampan berusia 39 tahun ini menghancurkan banyak hati wanita di Malaysia apabila berkahwin pada 2010 dan kini bergelar bapa kepada seorang anak perempuan.



2) Anuar Zain


Anuar Zain atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain ialah antara penyanyi terhebat tanah air dan telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya.

Bekas pramugara berusia 42 tahun yang telah menerbitkan tiga buah album ini boleh digelar jejaka idaman Malaya. Statusnya yang masih bujang membuatkan ramai wanita terus memasang angan untuk menjadi pasangannya.


3) Datuk SM Faisal Nasimuddin


Walaupun bukan berada dalam industri seni yang bergemerlapan, Datuk SM Faisal Nasimuddin, 33, tetap menjadi tumpuan ramai atas kejayaannya dalam bidang perniagaan.

Keterampilan dan keperibadian Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza ini mencuri hati ramai.



4) Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail


Kerabat Diraja Johor ini masih muda dan segak orangnya.Bakal menginjak 22 tahun pada 5 Julai ini, anakanda keempat Sultan Johor, Tuanku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris ini mencuri hati rakyat apabila memilih untuk menyarung seragam anggota polis sebagai kerjayanya.

Mempunyai kelulusan dalam bidang zoologi dari universiti luar negara menambah bonus kepadanya kerana menyerlahkan sikapnya yang mencintai haiwan.



5) Hans Isaac


Gerald Hans Isaac atau lebih dikenali nama pentasnya, Hans Isaac ialah pelakon, penerbit, pengarah dan bekas model terkenal Malaysia yang masih bujang.

Jejaka berdarah kacukan India, Filipina, Sepanyol dan Serani berusia 42 tahun ini menawan hati wanita pelbagai bangsa kerana wajah kacukannya yang persis lelaki Melayu.



6) Henry Golding


Berketurunan Inggeris dan Iban, jejaka tampan yang pernah bekerja sebagai pereka fesyen rambut di London ini pandai mencampurkan budaya Timur dan Barat dalam penyampaiannya sebagai pengacara rancangan televisyen.

Memulakan kerjayanya sebagai pengacara The 8TV Quickie, beliau kini menjadi rebutan pelbagai rancangan lain.



7) Keevan dan Logan Raj


Adik-beradik kacak Keevan dan Logan Raj, merupakan bekas pemain hoki negara dan kelincahan mereka di padang hoki mencuri hati peminat sukan.

Mempunyai darah campuran India dan Baba Nyonya, wajah antara pemain hoki handalan dalam lipatan sejarah negara Keevan dan Logan ini seiras orang Melayu.



8) Muhamad Zaiful Zainal Abidin


Anak-anak murid yang mendapat didikannya pasti ada yang memendam rasa melihat wajah kacak guru pendidikan jasmani ini.

Jaguh 400 meter kebangsaan, Muhammad Zaiful Zainal Abidin yang berusia 29 tahun ini merupakan pemegang rekod kebangsaan acara 400 meter selama lebih 10 tahun sejak 2001 dan antara anggota kuartet 4x400 meter negara yang meraih emas di Sukan Sea Korat 2007.



9) Aidil Zafuan dan Zaquan Adha


Si kembar Mohd. Zaquan Adha dan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, sentiasa menjadi tumpuan lensa baik kerana kehebatan mereka beraksi di padang mahupun kerana cerita peribadi mereka.

Kembar yang merupakan anak jati Negeri Sembilan ini masing-masing sudah berpunya, tetapi terus bertakhta di hati peminat walaupun pelbagai gosip hangat yang melanda mereka.



 10) Sherson Lian


Gaya selamba Chef Sherson Lian mencampak-campakkan ramuan masakan ke dalam kuali sambil berceloteh memberi tips masakan bagi sesetengah wanita menjadikannya cukup menawan. Ia memberi markah bonus kepadanya di sebalik wajahnya yang sedia ada tampan.

Jejaka berdarah British dan Cina ini mengacarakan sebuah rancangan masakan dalam Bahasa Melayu iaitu 5 Rencah, 5 Rasa di TV3.

 sumber: utusan malaysia

Comments

  1. Gambar tengku abdul jalil salah laa..itu gambar kekanda(abg) beliau..tolong recheck balik..nnti kena adu...matilaaa..

    ReplyDelete
  2. haha..yg ke-10 tu i likeee!

    ReplyDelete
  3. Salam.. Betul tu kata fazzlies... salah tu gambar tu.. tu kakanda dia yg join tentera tu.. dkt baju dia, on our left side kan ada nama dia.. written there is ISMAIL IBRAHIM.. how could it be JALIL pulak. Marah nnt... Hope u can change it. Thanks!

    ReplyDelete
  4. tu bukan Tunku Jalil la..Tu Kekanda dia..aku orang kelantan pon boleh tau...

    ReplyDelete
  5. henry golding..fahrin tuh dh tua huhu

    ReplyDelete
  6. henry golding, keevan and logan raj hensem...

    ReplyDelete
  7. Review 8TV WORD MVP WINNER Aman-RA #PANTUN100KERAT http://www.soundcloud.com/aman-ra RAPPER HOT JGN TAK TAU !!! ;)

    ReplyDelete
  8. Gammarana Henry Golding. Maputehi rupanna. Sallanganga na.. Teakko lupai. Haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.