Skip to main content

(GAMBAR) Koleksi 5,000 Artifak Dari Kapal Titanic Yang Bakal Dilelong





Sebanyak 5,000 barangan berharga yang ditemui dari kapal penumpang kelas pertama Titanic yang tenggelam di Lautan Atlantik sejak seabad lalu, akan dilelong di New York pada April ini.


Koleksi barangan itu akan dilelong dalam satu lot oleh firma lelong Guernsey pada 11 April ini, sempena ulang tahun ke-100 kapal Titanic melakukan pelayaran pertama sebelum tenggelam di Newfoundland setelah terlanggar bongkah ais besar.

Acara lelongan itu disifatkan sebagai ‘detik bersejarah’ dan ‘ia merupakan satu-satunya jualan barangan bernilai dari bangkai kapal Titanic yang berada empat kilometer di dasar laut’. Firma lelongan menganggarkan jualan kesemua barangan itu mencecah sehingga AS$189 juta (RM594 juta).

Barangan tersebut yang ditayangkan kepada umum semalam, merupakan kenangan pahit yang menyaksikan kira-kira 1,500 orang terbunuh apabila kapal itu tenggelam selepas belayar dari Southampton, England.

Kesemua barangan itu perlu dijual dalam satu lot untuk ‘mengabadikan memori kapal yang hebat itu’ dan ‘berharap generasi akan datang berpeluang melihatnya.’Jualan itu ‘tertakluk kepada perjanjian dan syarat tertentu untuk memastikan barangan tersebut sentiasa dijaga dengan baik menjadi tontonan orang ramai’.

Antara barangan tersebut, termasuk set mencukur, permainan kanak-kanak, paip tembakau, dan butang tembaga yang dipakai oleh Kapten Edward Smith dan pegawai-pegawainya.


Terdapat juga barangan mewah yang akan dilelong seperti botol kristal dari kabin kelas pertama, lilin dari Restoran A la Carte, pinggan perak serta porselin biru dan emas.

Sisa-sisa bahagian kapal itu turut dilelong seperti kompas yang digunakan oleh pegawai pemerhati, lampu, wisel perak dan loceng.

Lagi gambar-gambar menarik:















sumber: utusan, berita harian

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.