Skip to main content

7 Pemain Bola Sepak Paling Seksi Di Dunia





1. Christiano Ronaldo

Adalah tidak menghairankan pemain kelahiran Funchal, Madeira, Portugal yang lahir pada 5 Februari 1985 ini menyandang gelaran terseksi di dunia. Sebabnya, pemain Real Madrid dengan tinggi 1.86 meter ini seringkali muncul di beberapa iklan terkemuka, seperti Pepe Jeans, Coca-Cola, Nike, Banco Espirito Santo, Castrol, Clear Shampoo, dan yang paling menggemparkan adalah posenya dalam iklan Emporio Armani yang  kelihatan mencabar posisi David Beckham. Dalam iklan tersebut, Christiano Ronaldo mengenakan underwear Emporio Armani dalam pelbagai pose seksi yang membalut tubuh berototnya.
 

2. Fernando Torres
Bintang bola sepak yang digelar sebagai El Nino ini lahir di Madrid, Sepanyol pada 20 Mac 1984. Dengan nombor jersi 9 yang dipegangnya di kelab Liverpool, dia memiliki karier yang cemerlang di dunia bola sepak. Namun, wajah tampannya membuatkan dia sempat tampil dalam video klip Ya Nada Volvera A Ser Como Antes, dia juga sempat muncul di sebuah filem komedi TORRENTE 3: EL PROTECTOR.


3. David Beckham
Ikon dunia kelahiran Leytonstone, London, 2 Mei 1975 ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Suami  kepada Posh yang suka membuat tattoo dibadannya ini seringkali muncul dalam pelbagai iklan perusahaan multinasional seperti Coca Cola, IBM, Emporio Armani, dan kerap muncul di pelbagai acara tv. Sekalipun sudah menjadi ayah, Beckham tetap menjadi ikon yang seksi dan dikagumi.


4. Kaka
Nama sebenarnya Ricardo Izecson dos Santos Leite atau lebih dikenali sebagai Kaka. Perwatakan Kaka dikenali sebagai seorang yang sangat alim, bahkan pada perlawanan-perlawanan bola yang dihadapi olehnya, setiap kali mencetak gol dia akan menunjuk jari-jarinya ke langit sebagai tanda terima kasih pada Tuhan. Senyumnya yang ramah dan postur tubuh yang menawan membuat banyak wanita tergila-gila padanya, tidak menghairankan jika dia menjadi model Armani Jeans.


5. Iker Casillas
Penjaga gol berasal dari Sepanyol yang lahir pada 20 Mei 1981 ini adalah kiper pilihan utama Real Madrid. Memulakan karier sejak berusia 8 tahun, membuatkan pemain dengan tinggi 185 cm ini begitu hebat beraksi di atas rumput hijau. Tatapan mata tajam serta senyum yang tersimpul dari bibirnya membuat dia menduduki kedudukan ke-5 terseksi.


6. Michael Ballack
Pemain bola berasal dari Jerman yang lahir pada 26 September 1976 ini memulakan karier sejak berusia 7 tahun lagi. Mendapat dorongan dan sokongan dari kedua-dua orang tuanya, dia meniti karier dari kelab ke kelab. Dan percaya atau tidak, beliau yang sudah dikurniakan 3 anak ini seringkali dianggap mirip dengan Matt Damon.


7. Fabio Cannavaro
Pemain yang lahir di Naples, Itali pada 13 September 1973 ini menjadi salah satu top 10 pemain bola  sepak terseksi. Beliau yang sempat menjadi model di League Magazine ini mengakui bahawa wanita tercantik di dunia terdapat di Asia, India dan China. Baginya, dia merasa seperti berjalan di antara dewi-dewi saat berkunjung ke Asia. Tidak menghairankan jika dia pernah mengisi cover majalah Cosmopolitan dengan pose yang seksi.


sumber: http://hermawayne.blogspot.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.