Skip to main content

Facebook, Google Bakal Ambil Alih Twitter


Eksekutif syarikat mikroblogging Twitter Inc. dilapor telah mengadakan perbincangan 'peringkat rendah' dengan eksekutif Facebook Inc. dan Google Inc. beberapa bulan lepas berhubung kemungkinan pengambilalihan Twitter, menurut laporan laman web akhbar Wall Street Journal.

Menurut akhbar tersebut, perbincangan telah dijalankan dan anggaran pengambilalihan syarikat tersebut berkemungkinan menelan belanja sebanyak AS$8 bilion (RM24.3 bilion) hingga AS$10 bilion (RM30.4 bilion).

Disember lalu, Twitter telah menambah pembiayaan syarikat sebanyak AS$200 juta (RM609.2 juta) dalam satu perjanjian yang meletakkan nilai syarikat tersebut kepada AS$3.7 bilion (RM11.2 bilion) ketika itu.


Pembiayaan dari Silicon Valley, firma usahasama Kleiner Perkins Caufield & Byers dan pelabur-pelabur Twitter itu, menekankan harapan tinggi pelabur terhadap syarikat rangkaian sosial tersebut.

Google dan Facebook tidak mengulas lanjut laporan Wall Street Journal itu.

Facebook baru-baru ini menambah pembiayaannya dalam satu perjanjian yang meletakkan nilai laman web sosial itu kepada AS$50 bilion (RM157 bilion), berbanding AS$10 bilion (RM30 bilion) pada pertengahan 2009.

Google dan Facebook sebelum ini pernah membincangkan tawaran pengambilalihan Twitter dengan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menawarkan sejumlah AS$500 juta (RM1.5 bilion) kepada pengasas Twitter bagi tujuan itu. Bagaimanapun urus janji itu gagal.

Twitter kini mempunyai seramai 175 pengguna berdaftar.

sumber: utusan Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.

Keindahan 'Sungai BIRU' atau 'Blue Lagoon' di Alor Setar, Kedah

Lebih dikenali sebagai Sungai 'Ayaq Biru' dikalangan penduduk setempat, ratusan pengunjung dari pelbagai kawasan datang silih berganti untuk menyaksikan keindahan panorama itu yang dikatakan pertama kali berlaku.