Skip to main content

Negara Paling Banyak Rekod Kemalangan Jalan Raya di Dunia





Percaya atau tidak, negara Arab Saudi yang memiliki jumlah penduduk lebih kurang sama dengan Malaysia (28 juta) merupakan juara dunia dalam mencatatkan rekod kemalangan jalan raya paling tinggi di dunia. 


Kemalangan jalan raya mengorbankan lebih 7,000 orang di Arab Saudi pada tahun 2011, mencatat rekod trafik paling buruk dunia, melepasi angka korban dalam perang di Teluk.

Secara keseluruhan lebih 68,000 juga cedera dalam kemalangan di negara itu pada 2011 manakala nahas seumpama itu menyebabkan kerugian melebihi SR13 bilion (RM10 bilion).

Dalam kenyataan yang disiarkan Arab Saudi, angka kematian akibat kemalangan 2011 pada 7,153 manakala perangkaan menunjukkan lebih 86,000 maut akibat nahas jalan raya di negara itu sejak dua dekad lalu.

Angka korban sejak 20 tahun lalu melepasi bilangan yang maut dalam perang terakhir India-Pakistan, konflik di Sahara, perang Argentina-Britain, konflik dalaman Croatia dan perang saudara di Nepal dengan jumlah kematian akibat semua kejadian itu adalah 82,000.





Keganasan jalan raya

“Kemalangan adalah keganasan jalan raya sebenar atau pembunuhan beramai-ramai yang tidak kurang bahaya berbanding keganasan terancang. Data kami menunjukkan Arab Saudi mempunyai rekod trafik paling teruk di dunia dari segi kemalangan dan kematian.

“Angka kematian akibat nahas jalan raya pada 2011 melepasi bilangan yang maut disebabkan keganasan di Iraq pada tahun sama, iaitu kira-kira 4,200, ia juga melepasi kematian dalam perang Teluk terakhir apabila hampir 5,200 dilaporkan meninggal dunia,” pengarah sistem trafik Madinah, Kolonel Zuhair Abdul Rahman.

Abdul Rahman memberi amaran, kajian yang dibuat polis trafik Arab Saudi menjangkakan angka kematian akibat kemalangan jalan raya boleh mencecah 9,600 pada 2019.


sumber: berita harian



Comments

  1. aneh padahal jalanan di arab saudi lengang

    ReplyDelete
  2. pernah tak menaiki kenderaan yg dipandu oleh orang2 dari sana? bukan bas atau pengangkutan awam, tp kenderaan milik persendirian... kalau pernah anda tidak akan terkejut dgn angka2 ni... serius ngeri naik kereta yg mereka pandu.. serik dah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktor yang agak dominan dalam menentukan saiz zakar normal adalah faktor genetik. Ini adalah satu faktor penting yang mesti berbeza dari setiap bangsa, keturunan, dan negara secara keseluruhannya.  

[Gambar] Kemunculan Gunung Berapi Anak Krakatau Yang Muncul Dari Laut Sejak 1929

Seperti ditulis dari Geo Magz, Majalah Geologi milik Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Gunung Anak Krakatau lahir ke permukaan laut pada 15 Januari 1929.