Skip to main content

Cerai Talak-3 Bakal Diharamkan di India






India semakin hampir untuk meluluskan Undang-Undang Peribadi Islam yang antaranya mengharamkan talak tiga dijatuhkan sekali gus dan mengetatkan poligami. Ia akan dibentangkan di Parlimen untuk pindaan dan penduduk Islam akan lebih memahami apa yang sebenarnya diberikan oleh agama tetapi dinafikan oleh sebahagian ulama sejak berkurun dulu.


“Usaha mengkanunkan undang-undang peribadi amat diperlukan. Kami bukan membawa undang-undang baru tetapi cuma menegaskan apa yang dibawa oleh al-Quran kepada lelaki dan wanita,” kata penulis dan aktivis Islam terkenal, Asghar Ali Engineer dari Pusat Kajian Kemasyarakatan dan Sekularisme.


Sementara sarjana dari Institut Pengajian Islam di Mumbai, Qutub Jehan Kidwai, pula menegaskan tiada tempat untuk talak tiga dijatuhkan sekali gus dan amalan itu perlu dihapuskan.

Kumpulan sarjana berkenaan juga merumuskan poligami mesti diperketatkan.

“Asas ajaran Islam adalah monogami. Ramai pejuang terbunuh dalam Perang Uhud dan ketika itu ramai balu dan anak yatim di negara Arab. Ketika membolehkan lelaki berkahwin sehingga empat, al-Quran dengan jelas menyatakan lelaki tidak dapat berlaku adil dan perlu mengahwini seorang wanita saja,” kata pesara hakim dari Kerala, Shamsuddin.

Dokumen deraf itu juga menjadikan pendaftaran perkahwinan wajib dilakukan. Ia meminta kerajaan melantik pendaftar nikah untuk tujuan itu. Keizinan pengantin perempuan wajib diperoleh sebelum urusan nikah dijalankan dan usia minimum pengantin perempuan adalah 18 tahun dan 21 tahun untuk pengantin lelaki.
 
sumber:berita harian
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.