Saturday, December 31, 2011

Samoa dan Tokelau adalah Negara Pertama di Dunia Menyambut 2012






Pulau Samoa dan Tokelau, yang terletak di Lautan Pasifik Selatan, menjadi negara pertama menyambut tahun 2012 apabila ia disambut pada 31 Disember 2011. New Zealand, Fiji dan Kepulauan Chatham akan menyusul kemudiannya menyambut 2012.


Samoa dan Tokelau telah membuat keputusan untuk melangkau ke tarikh 31 Disember dan melompat ke arah barat merentasi zon masa antarabangsa untuk menyelaraskan zon masanya dengan negara-negara perdagangan serantau.

Sejarah Asal-Usul Mee Segera





Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.

Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.

Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.

Inilah Habitat Penguin Terbesar di Dunia




  
Gambar-gambar di bawah ini diambil di garis pantai Georgia Selatan, berdekatan dengan wilayah jajahan British,kepulauan Falklands. Ini adalah salah satu daripada koloni habitat utama untuk populasi burung yang tidak boleh terbang ini yang secara umumnya membiak dua kali setiap tiga tahun.

Penguin Raja adalah spesis penguin kedua terbesar, mempunyai berat sehingga 35 paun. Manakala penguin Kaisar pula adalah spesis yang terbesar. Mereka makan ikan kecil - terutamanya lanternfish, dan menyelam untuk menangkap ikan berulang kali di kedalaman lebih dari 100 meter. 

Friday, December 30, 2011

(GAMBAR) Solat Jumaat di Kazakhstan





Betapa indah dan mudahnya Islam, tak kira di mana jua sekalipun, panas atau sejuk, ia bukanlah penghalang untuk umatnya menunaikan kewajipan mereka.


Sebab Mengapa Lelaki Tak Sesuai Menjadi Babysitter





No offense, bukan semua bapa-bapa di luar sana (at least bukan di Malaysia kot) yang berperangai sebegini bila disuruh menjaga anak mereka yang masih kecil. Cuma mungkin sesetengah bapa yang nakal, liar dan gila2 saja yang mungkin berperangai macam ni...kesian kot!

 

Hotel Yang Diperbuat Daripada Ais





Tidur di atas katil yang diperbuat daripada ais memberi satu pengalaman unik kepada setiap pengunjung yang menginginkan kelainan ketika bercuti.


Hotel of Ice yang terletak berhampiran tasik glasier Balea di kawasan Pergunungan Fagaras menawarkan pengalaman dan suasana 'sejuk beku' apabila hampir keseluruhan struktur binaannya dihasilkan daripada ais.

Pengunjung turut berpeluang menggunakan kemudahan lain seperti restoran dan bar yang menyediakan gelas dan meja diperbuat daripada ais.

Thursday, December 29, 2011

Bentuk Ais Krim Paling Unik





Bosan dengan ais krim berbentuk bar yang selalu anda makan? Apa kata anda cuba ais krim-ais krim di bawah...mungkin membuka kembali selera anda?


(VIDEO) Tragedi Tersepit Mesin Pengisar Kelapa Sawit





TAIPING: “Saya tak sanggup lihat mayatnya yang berkecai. Muka dan semua tubuhnya termasuk tulang hancur, malah tempurung kepala juga pecah,” kata rakan Suhaimi Mohammad Ariffin, 36, yang maut dalam keadaan ngeri selepas tergelincir ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit, semalam.


Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, berkata kejadian berlaku pada jam 10.20 pagi di kilang kelapa sawit di Kampung Padang Gajah di sini, ketika mangsa melakukan tugas mencuci sisa tandan kelapa sawit pada mesin pengisar berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada tidak jauh dari mesin itu sebelum terdengar bunyi kecoh di kawasan mangsa bertugas.

Wednesday, December 28, 2011

25 Maksud di Sebalik Kenyitan Badan





Kenyitan adalah gerakan refleks pada saraf di bahagian tertentu tubuh kita, yang selalu kita rasai tanpa dapat mengawalnya. Sesetengah orang berpendapat (terutamanya orang-orang tua), setiap kenyitan itu membawa maksud tersendiri, seperti di bawah:


1. Kenyitan di ubun-ubun kepala : Akan mendapat kebahagiaan.
2.
Kenyitan pada bahagian kepala sebelah kanan : Akan sakit.
3.
Kenyitan pada bahagian kepala sebelah kiri : Akan mendapatkan kemuliaan.
4.
Kenyitan pada seluruh kepala : Akan melihat yang aneh-aneh atau ajal sudah dekat.
5.
Kenyitan pada dahi : Akan mendapat harta atau ilmu pengetahuan.

Mface Ciptaan AC Mizal Bakal Saingi Facebook




Berasakan Malaysia juga berkemampuan mewujudkan laman sosial sendiri setanding facebook, pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal memperkenalkan laman sosial pertama Malaysia iaitu Mface.



Membawa pengertian Malaysian Face (Mface), dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.

Menurut AC, Mface sebuah laman sosial tempatan diilhamkan daripada facebook bagaimanapun konsep yang diketengahkan sedikit berbeza kerana ia membawa pulangan buat pelayarnya.

“Fungsinya sama seperti facebook apabila pengguna boleh mengemas kini gambar, status dan berkongsi perkembangan serta maklumat mereka dengan orang ramai.

Monday, December 26, 2011

(GAMBAR) Kecantikan Sebenar Wanita Korea Pada Zaman 60-70 an





Mungkin ramai sekarang ini jejaka-jejaka di Malaysia yang memuja-muja kecantikan dan kecomelan wanita-wanita Korea yang popular dari drama dan industri K-pop di Korea. Ramai yang tak kisah walaupun umum mengetahui kecantikan mereka adalah plastik semata-mata hasil daripada pembedahan plastik yang dilakukan seperti gambar kumpulan Girls Generation di bawah ini...


Mungkin korang boleh menilai sendiri kecantikan sebenar wanita Korea di zaman di mana teknologi pembedahan plastik belum lagi meluas di Korea. Barulah korang boleh realize betapa kecantikan mereka pada masa kini adalah TIDAK asli!

5 Pemain Bola Sepak Terpantas di Dunia





5. Robin van Persie (32.1 km/jam)
 Tarikh Lahir: 6 Ogos 1983
Tempat Lahir: Rotterdam
Negara: Netherlands
Ketinggian: 183 cm.
Berat Badan: 71 Kg.
Peranan: Striker

Kasut Bermotor Untuk Mereka Yang Malas Berjalan Kaki





Sepasang kasut bermotor yang mampu membawa pemiliknya sejauh tiga hingga lima kilometer akan mula dijual pada Februari ini dan dijangka menjadi produk yang popular.


Perekanya, Peter Treadway mencipta alat itu sejak lima tahun lalu selepas sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan.

Sejak itu beliau telah mencipta 30 prototaip kasut beroda tersebut dan beliau akan mula menjualnya melalui laman webnya Februari ini.
 

Sunday, December 25, 2011

Lelaki Terseksi di Dunia 2011





Aktor Hollywood, Bradley Cooper dilabel sebagai lelaki paling seksi yang masih hidup di dunia oleh majalah hiburan AS, People.


Dalam ulasannya, majalah People menyatakan, pelakon berusia 36 tahun itu bersikap sederhana walaupun dia memiliki senyuman memikat dan sepasang mata biru yang menakjubkan.

Seni Susunan Duit Syiling Yang Mengagumkan






Tak tahulah korang kagum ke tak, tapi Encik Billy memang kagum gile-gile! Seni yang memerlukan tahap ketelitian dan kesabaran yang tinggi!


10 Kata Kunci Paling Banyak Dicari Di Internet Sepanjang 2011





Facebook merupakan perkataan paling banyak dicari sepanjang 2011, menurut perkhidmatan pemantauan di talian, Experian Hitwise. Ia merupakan tahun ketiga berturut-turut, jaringan sosial itu menduduki tempat pertama dalam senarai Experian Hitwise.
 

Carian lain yang menggunakan perkataan Facebook seperti facebook login, facebook.com dan www. facebook.com juga menduduki tempat 10 teratas, menjadikan carian berhubung Facebook sebanyak 4.42 peratus daripada keseluruhan carian.

Experian Hitwise berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding 2010. Selain itu, perkataan youtube, craigslist, yahoo dan ebay turut menduduki senarai carian paling banyak, sementara yahoo.com pula menduduki tempat ke-10.

8 Manfaat Mempunyai Wajah Kurang Kacak






Rasanya tak ada seorang pun yang ingin dilahirkan menjadi hodoh dan serba kekurangan kerana semua ingin lahir dengan rupa yang baik dan setelah membesar dan berkembang menjadi orang yang segak/menawan iaitu kalau lelaki menjadi kacak dan kalau wanita menjadi cantik. Tetapi apakan daya, kita tidak boleh memilih dan penampilan merupakan anugerah dari Yang Maha Kuasa.


VS

Saturday, December 24, 2011

Aksi Ciuman Paling Ekstrim di Seluruh Dunia





Bercium sambil menunggang kuda...

Friday, December 23, 2011

Lelaki Yang Kurang Ajar atau Perempuan Yang Merelakan?


Misteri Bola Metalik 6 kg Jatuh Dari Langit





Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari Windhoek pada November lalu.


Pihak berkuasa Namibia kini menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan dan Agensi Angkasa Eropah bagi mendapatkan maklumat mengenai bola tersebut.

Wednesday, December 21, 2011

Inilah Wang Kertas Terbaru Malaysia; RM 1,RM 5,RM 10,RM 50, RM100





Hmm...cantik jugak kan design duit kertas terbaru Malaysia ni? Paling best ada note RM 20 kaler oren yang awesome sangat. Note baru Ringgit Malaysia ini akan di keluarkan pada Julai 2012.



"Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat' - Kata Ariff Alfian





Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.


Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hayatnya.


"Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

Program Realiti TV Paling Jijik - Siar Aksi Makan Daging Manusia!




 

Sebuah rancangan televisyen dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.



Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm. Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.

Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN, hari ini.

Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata: “Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.

Tuesday, December 20, 2011

10 Kereta Termahal di Dunia 2011





Oh, meleleh air liur tengok kereta-kereta mahal kat bawah ni! Alangkah bagusnya kalau boleh rembat sebijik.Sebijik pun cukuplah!


1. Bugatti Veyron Supersport: US$ 2.6 juta (RM 7.8 juta)


2. Ferrari 599XX: US$ 2 juta (RM 6 juta)

Pantai Paling Ekstrim di Dunia






Mungkin inilah pantai paling ekstrim di dunia kerana lokasinya yang terlalu hampir dengan sebuah lapangan terbang. Pantai yang diberi nama Maho St.marteen Beach ini terletak di negara Belanda. 


Tahap keekstremannya dapat dilihat ketika pesawat sedang take off atau landing, pengunjung pantai dapat melihat dan merasakan bisingnya pesawat kerana pesawat tersebut berjarak sangat dekat, hanya beberapa meter dari tanah dan sangat dekat diatas kepala mereka!

Facebook Saman ‘Mark Zuckerberg’ Palsu





Facebook mengugut untuk menyaman seorang usahawan dari Israel yang menukar namanya kepada pengasas laman sosial tersebut, Mark Zuckerberg.

Rotem Guez atau kini dikenali sebagai ‘Zuckerberg II’ menukar namanya secara rasmi pada 7 Disember lalu.

Sebelum ini, Guez mendakwa beliau mengemukakan tuntutan saman terhadap Facebook pada Januari lalu selepas laman sosial tersebut tidak membenarkan beliau mengakses akaunnya yang kini telah ditutup.

Guez merupakan pengasas bersama Like Store, iaitu sebuah syarikat pemasaran yang membantu memperkenalkan jenama syarikat lain.

Monday, December 19, 2011

High-Tech Blues Sebabkan Sakit Leher dan Jari





Pengguna telefon pintar dan komputer tablet kini dilaporkan mula mengalami masalah dikenali high-tech blues berikutan meningkatnya kecanggihan teknologi yang menyebabkan kesakitan termasuk sakit leher hingga kepada kecederaan ibu jari.


Pakar kesihatan di Britain memberi amaran kecederaan itu berpunca daripada penggunaan skrin kecil dalam tempoh terlalu lama dan menaip dengan papan kunci yang kecil.

Sunday, December 18, 2011

Fakta Tentang Kaum Nabi Luth dan Kota Pompei





Ayat 82 Surah Hud secara jelas menyebutkan jenis bencana yang menimpa kaum Luth. “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah ( Kami menterbalikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,”.

 Rakaman satelit dari daerah di mana Kaum Luth dikatakan pernah tinggal

(GAMBAR) Family GAY Yang Bahagia






Mereka Kacak, Punya Family, Punya Anak-Anak sendiri, Tetapi Mereka GAY ? Oh! Lihatlah kepincangan dunia yang berlaku masa kini...semoga Malaysia tidak menjadi seperti ini!


Saturday, December 17, 2011

(Gambar) Lelaki Ini Bertindak Ekstrim Akibat Cinta Ditolak Mentah-Mentah






Bagi sesetengah orang, gagal dalam percintaan bukanlah bermakna dunia sudah di penghujungnya. Mereka ini mampu bangkit, berdiri membina kembali kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan. Namun bagi sesetengah orang pula, bila gagal bercinta, bila cinta ditolak, mereka NEKAD bertindak!! Nekad yang bagaimana? Macam gambar-gambar di bawah ini...


Jakim Sahkan Sosej Ramly Burger HALAL, Tiada DNA Babi





Orang ramai diminta tidak was-was berhubung status halal burger Ramly selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk frankfurter jenama Ramly yang dijual di pasaran tempatan adalah halal.


Pengesahan Bahagian Hab Halal Jakim itu sekali gus menafikan dakwaan produk frankfurter jenama Ramly mengandungi DNA babi.

Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk produk frankfurter jenama Ramly yang dikeluarkan Bahagian Hub Halal Jakim masih sah sehingga 14 Januari 2012.

"Bahagian Hab Halal Jakim dan Kementerian Kesihatan sudah mengambil beberapa contoh produk dari kilang terbabit untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan pada 14 November lalu.

(GAMBAR) Lari Bogel Untuk Alam Sekitar di Filipina





Berpuluh-puluh lelaki berlari dalam keadaan berbogel di sekitar kampus sebuah universiti di bandaraya Manila, menggesa ditingkatkan usaha bagi menyelamatkan bumi dan meningkatkan kebersihan sungai. 


Aktiviti itu yang menjadi amalan tahunan di Universiti Filipina menyaksikan peserta berlari menerusi dewan dengan hanya memakai topeng untuk menyembunyikan wajah mereka dan membawa sepanduk menggesa langkah diambil bagi melindungi alam sekitar.

Kumpulan itu mengambil satu isu setiap tahun dan tahun ini mereka bergabung dengan kumpulan alam sekitar bagi membersihkan 20 sungai dan saliran yang tercemar di Manila.

Wanita Terkerdil di Dunia...Comel je!




Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di Nagpur, India.


Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia yang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.

Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.

Friday, December 16, 2011

(GAMBAR) Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Ireland





Tersentak 2 kali Encik Billy membaca berita ini. Satunya kerana seorang rakyat Malaysia lelaki melayu dan Islam berkahwin dengan teman lelaki gaynya (orang putih), satu lagi kerana perkataan PETRONAS tu sendiri! Perkataan PETRONAS sangat dekat di hati ni kerana Encik Billy sendiri merupakan bekas pelajar tajaan Petronas. So bila keluar berita ni, memang double shock!

Berikut inilah gambar-gambar perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli bersama pasangannya di Dublin, Ireland yang mencetuskan kegemparan seluruh rakyat Malaysia pada hari ini: 


Jumlah Gay Melayu Hampir 30,000 Orang !!


Dipetik daripada Harian Metro:

“Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan,” kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25.

Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog.

Follower Ke-2011 di Penghujung Tahun 2011






Hari ini sangat menggembirakan bagi Encik Billy kerana setelah lebih 1 tahun setengah berbloging, follower Billy Info telah pun mencecah lebih daripada 2000 followers! Yang lebih menariknya hari ini Billy Info telah pun mempunyai pengikut yang ke-2011 dan ia berlaku di penghujung tahun 2011! 


So, siapakah follower yang bertuah tersebut? 

Mak Nyah Direkrut Untuk Jadi Pramugari di Thailand





Empat mak nyah kini bertugas sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan PC Air bagi laluan Bangkok ke wilayah Surat Thani, Thailand.


Syarikat penerbangan itu pada mulanya hanya mahu menggaji lelaki dan wanita sebagai pramugari serta pramugari. Namun, ia mengubah rancangan selepas menerima lebih 100 permohonan daripada golongan mak nyah.

Menurut syarikat penerbangan tersebut, kelayakan untuk menjadi pramugari itu adalah sama buat mak nyah iaitu memerlukan ciri-ciri kewanitaan dan mempunyai daya penarik.

Thursday, December 15, 2011

9 Jenis Sihir Yang Perlu Diketahui



1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.


2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.


Seni Makro Fotografi - Gambar Zoom Mata Serangga




 

(GAMBAR) Bentuk Badan Terbaru Pelakon Lee Dong Wook




Dalam drama serta filem lakonannya sebelum ini, jarang sekali dapat dilihat pelakon Korea terkenal, Lee Dong Wook menayangkan badan. Bagaimanapun, setelah kembali daripada  menjalani latihan ketenteraan yang wajib diikuti oleh setiap lelaki Korea Selatan selama 2 tahun, Dong Wook tanpa segan silu mendedahkan tubuhnya.


"Semasa masih dalam kem tentera lagi saya berusaha bersenam untuk mendapatkan tubuh seperti sekarang. Malah, ketika penggambaran, saya akan bersenam untuk dua jam setiap hari meskipun keletihan dan penggambaran habis lewat pagi.

"Sebenarnya, saya tidak berapa selesa dengan adegan tayang tubuh tetapi adegan itu diperlukan dan sebagai aktor, saya lakukannya.

Wednesday, December 14, 2011

Mengapa Kita Menguap Bila Mengantuk??





Mungkin anda dah baca entri Encik Billy sebelum ini; Awas, Menguap Boleh Berjangkit !! Tetapi tahukah anda mengapa kita menguap?


Sebenarnya, sehingga kini belum ada jawapan tepat mengapa manusia atau binatang menguap. Apa yang kita ketahui sekadar bahawa manusia atau binatang menguap kerana letih atau bosan. Tetapi tidak ada bukti kuat yang mendukung tanggapan ini.

Namun ada penjelasan yang lebih masuk akal tentang hal ini. Kita menguap kerana kandungan oksigen dalam paru-paru kita sudah berkurang. Kajian menunjukkan bahawa pada saat kita bernafas secara normal, kita tidak menggunakan paru-paru secara sepenuhnya.

Dialog Moden Yang Popular Lagi Berpahala Menyebutnya

 

 Selamat Beramal!

Inilah Kucing Terkaya di Dunia





Seekor kucing terbiar yang diselamatkan di sini mewarisi kekayaan berjumlah AS$13 juta (RM49 juta) daripada tuannya, seorang taikun hartanah Itali yang berstatus janda.


Maria Assunta meninggalkan kekayaan tersebut kepada kucing kesayangannya, Tommaso, selepas dia meninggal dua minggu lalu pada usia 94 tahun. Kekayaan tersebut termasuk wang tunai dan harta di Rom, Milan serta tanah di Calabria.

Sejak kesihatannya merosot dua tahun lalu, Assunta yang tidak memiliki anak, mula mencari jalan agar Tommaso dijaga dengan sempurna selepas ketiadaannya.

Related Posts with Thumbnails