Wednesday, November 30, 2011

Seni Origami Terkecil di Dunia






Origami, sejenis seni lipatan kertas orang Jepun, adalah seni yang cukup menakjubkan, apatah lagi jika ia dilakukan dalam skala yang kecil. Inilah yang dilakukan oleh seorang artis Jerman; Anja Markiewicz, yang mencipta arca kecil menakjubkan seperti haiwan dan pelbagai bentuk lain daripada kertas. Kebanyakan daripada hasil karya beliau adalah sangat kecil rata-ratanya hanya berukuran 4mm (check out perbandingan saiz origami dengan jari manusia).


Monday, November 28, 2011

Wow...Fesyen Baju Daripada Kepingan Coklat





Berikut  adalah fesyen-fesyen baju unik diperbuat daripada coklat yang diperagakan oleh beberapa model terkenal pada acara fashion show 'Salon du Chocolat (Chocolate Fair) di Paris baru-baru ini...


Fesyen baju wanita


Gambar Ekstrim Mandi di Kolam Tergantung Beramai-ramai






Kerja gila yang hanya dilakukan oleh mereka yang gila-gila...


Sunday, November 27, 2011

Beginilah Rupa PC Yang Tak Pernah Dicuci.....





Pernahkah anda melihat PC yang tak pernah dicuci langsung dan dipenuhi habuk yang setebal beberapa inci? Jika belum, apa kata anda hayati gambar-gambar di bawah dan.....jangan tengok saja! pergi bersihkan PC anda segera jika tak mau jadi macam kes di bawah...


Dulu Manusia Tergemuk di Dunia, Kini Kulit Menggelebeh Selepas Kurus





Seorang lelaki British yang pada satu ketika dahulu adalah manusia paling gemuk di dunia kini merayu pihak doktor di NHS untuk menghapuskan lapisan kulit menggelebeh selepas dia berjaya menghilangkan lebih separuh berat badannya.


Paul Mason, 50, yang berat kira-kira 400 kg dua tahun lalu, menjalani pembedahan pintasan gastrik selepas dia diberitahu dia bakal menghadapi kematian jika tidak dibedah.

Tetapi dia telah ditinggalkan dengan lapisan kulit menggelebeh yang hodoh selepas penurunan berat badan yang melampau dan kini memerlukan satu pembedahan untuk membuang lapisan kulit berlebihan dari perut, lengan dan kaki.


Hotel Yang Diperbuat Keseluruhannya Daripada Garam





Sekali pandang, anda mungkin boleh dimaafkan kerana menyangka gambar ini adalah rumah peranginan di tepi pantai. Dengan lantainya kelihatan pasir bertaburan, manakala dindingnya diperbuat daripada batu-bata.


Bagaimanapun, bangunan itu bukan seperti anggapan kebanyakan orang, sebaliknya ia adalah hotel istimewa diperbuat daripada garam. Setiap tetamu yang berpeluang menginap di hotel itu pasti terpesona dengan keunikan binaannya.

Ciptaan Unik Daripada Sampah Sarap





Kini sampah bukan lagi sekadar sampah....

 

Thursday, November 24, 2011

Koleksi Jam Tangan Yang Harganya Lebih Mahal Daripada Kereta Ferrari





Sanggupkah anda menghabiskan jutaan ringgit (itupun jika anda adlh jutawan/billionaire la) hanya untuk seutas jam tangan? Apatah lagi jika harganya lebih mahal daripada sebijik kereta Ferrari?

Berikut adalah koleksi jam-jam tangan termahal untuk tatapan anda. Ia mahal disebabkan oleh bebrapa faktor antaranya ketepatan, kerumitan proses pembuatan, nilai sejarah/estetika dan materialnya (emas, berlian, dll)...


The Patek Caliber 89 – RM15 360000

Pertandingan Gusti Untuk Suri Rumah





Pertandingan yang melibatkan pertarungan antara suri rumah tangga sebagai ahli gusti jalanan menarik minat ramai penduduk Mexico.


Dikenali sebagai gusti lucha libre, golongan suri rumah yang menjadi ahli gusti itu akan tampil di gelanggang dengan memakai topeng untuk menyembunyikan identiti mereka daripada diketahui oleh peminat.

Membawa watak fiksyen di gelanggang, golongan suri rumah itu merupakan ahli gusti separuh masa.

Wednesday, November 23, 2011

Sarung Bantal Dengan Lampu LED Yang Cool Bangat!





Luminube adalah sarung bantal dengan lampu LED bersepadu yang memberi cahaya tambahan kepada anda untuk membaca, memudahkan anda untuk tidur, atau bahkan bangun dari tidur dengan fungsi penggera (alarm) yang boleh dikawal oleh telefon pintar seperti iPhone. Fungsi ini sudah tentu amat berguna bagi anda yang sangat liat dan susah untuk bangun tidur.


Sarung bantal canggih ini direka oleh seorang pereka Jepun, iaitu Tanakori Matsukobo dan telah memenangi anugerah James Dyson Award. 

Beginilah Ragam Kehidupan di India






Pelbagai ragam dan rencah kehidupan di India...


Tuesday, November 22, 2011

Mentol Berbentuk Mickey Mouse Yang Cute Gilerr...U Nak?






Kalau U nak, I nak bagi....tapi bagi gambar-gambar di bawah ni jelah. Haha.

Mentol-mentol berbentuk kartun popular Mickey Mouse ini direka oleh seorang pereka bernama Hong Kue Lee dan masih diperingkat konsep. Ia dijangka berada di pasaran tidak lama lagi.

 

Sunday, November 20, 2011

Bahana Mata: Arab Saudi Sekat Wanita Dedah Mata Memukau





Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru. Negara Islam konservatif itu berkata pihaknya mempunyai hak menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau. 


Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata cadangan melaksanakan undang-undang itu akan dibentangkan secepat mungkin.

Wanita Arab Saudi sejak sekian lama memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai.

Saturday, November 19, 2011

11 Jalan Raya Paling Ekstrim/Berbahaya/Menakutkan di Dunia





So far jalan raya paling ekstrim yang pernah Encik Billy lalui adalah jalan ke Cameron Highland (melalui Tapah dan Simpang Pulai) serta jalan raya ke Kelantan melalui Grik. Dan boleh dikatakan setiap kali melalui jalan-jalan ini, Encik Billy akan pening-pening malah pernah muntah dua tiga kali! 

Bayangkan jika jalan-jalan di atas saja sudah ekstrim (bagi encik Billy la), apatah lagi jalan raya- jalan raya di bawah ini yang sememangnya tak tergambar tahap ke-ekstremannya!


1. Stelvio Pass Road, Italy

10 Hero Bollywood Paling Seksi





Seperti yang dikeluarkan oleh laman web iloveindia.com, berikut adalah 10 pelakon/aktor Bollywood paling seksi pada 2011:


1. John Abraham

Majlis Konvokesyen Pra-sekolah Pelakon Mia Sara





Mia Sara sudah pun menamatkan persekolahannya sebagai murid tabika pada 13 November lalu. Mia  mengambil pra perseolahannya di Brainy Bunch Islamic Montessori, Kota Damansara telah pun dianugerahkan sijil atau lebih dikenali sebagai graduation day. Tahniah buat Mia. Encik Billy adalah peminat Mia nombor 1 !!


Kontroversi Gambar Pemimpin Dunia Bercium Mulut Dalam Iklan Benetton!





Kempen pengiklanan jenama pakaian terkenal, Benetton berjudul UNHATE yang dipaparkan di kedai di seluruh dunia, media cetak dan Internet baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila imej beberapa pemimpin dunia 'bercumbu' dipaparkan termasuklah imej Pope Benedict bercium dengan seorang ulamak dari Mesir. 


Vatican semalam mengeluarkan kecaman terhadap kempen global syarikat pakaian Benetton kerana turut memaparkan imej Pope Benedict XVI bercium dengan Imam Masjid al-Azhar, Sheikh Ahmed el-Tayyeb.

Friday, November 18, 2011

Rela Berbogel Demi Ikan Paus




Natalia Avseenko (36), seorang saintis wanita berani berbogel demi menaklukkan paus Beluga, iaitu sejenis ikan paus putih, dalam satu eksperimen unik dan kontroversi. Pakar marin yakin, ikan paus putih tidak suka disentuh dengan bahan buatan seperti baju selam. Penyelam handal dari Rusia ini menyelam ke dalam air bersuhu -1.5 Celcius.

Paus Beluga putih ini dikenali sebagai haiwan yang mampu meniru ekspresi muka seperti manusia. Dalam gambar di bawah, kelihatan dua ekor Beluga putih bernama Matrena dan Nilma tampak menikmati momennya bersama Natalia. Eksperimen unik ini telah dijalankan di wilayah Murmansk Oblast di barat laut Rusia di Laut Putih dekat Lingkaran Arktik.

(GAMBAR) Tokyo Sky Tree Diiktiraf Bangunan Tertinggi di Dunia Yang Terbaru





Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai bangunan pemancar telekomunikasi tertinggi di dunia.


Wanita Ceraikan Suami Lepas Kahwin Pada 11.11.11






Seorang lelaki Bangladesh yang berkahwin pada 11.11.2011 pada pukul 11.11 pagi akhirnya bercerai dengan isterinya beberapa minit selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.


Lelaki Bangladesh itu, Shawkat Ali Khan berkata, dia tidak mengetahui kenapa isterinya itu bertindak keluar dari majlis perkahwinan mereka.

Namun, pasangannya itu, Farzana Yasmin berkata, dia berasa marah ekoran permintaan keluarga Shawkat yang mahu hantaran perkahwinan termasuk sebuah peti sejuk dan sebuah televisyen. Amalan hantaran perkahwinan oleh pengantin wanita telah dilarang di Bangladesh.

Thursday, November 17, 2011

Proses Pembuatan Pulau Buatan, The World Dubai




The World adalah sebuah projek mega kerajaan Dubai yang bercita-cita untuk membina sebanyak 300 buah pulau buatan di perairan Dubai dalam bentuk sebuah peta dunia. Sebanyak 321 juta tan pasir dan 31 juta tan batu telah dihabiskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM 42 billion. Pulau-pulau ini mula dibina pada tahun 2003 dan hingga kini ia masih terbengkalai di mana sebahagiannya dilaporkan sudah tenggelam. 

Berikut gambar-gambar proses pembuatan The World:


Wednesday, November 16, 2011

Istana Pasir Tertinggi di Dunia





Ed Jarrett, pemegang Rekod Dunia Guinness bagi istana pasir yang tertinggi, telah mengatasi rekodnya sendiri buat kali kedua.

Tuesday, November 15, 2011

(GAMBAR) Melawat Sekitar Istana Negara Baru Yang Serba Mewah





Wow, terkesima seketika Encik Billy melihat 'kemegahan' dan 'kecantikan' Istana Negara baru yang dibina dengan kos keseluruhan RM 811 juta ini. Sekali tengok...perghh!, dah macam hotel 7 bintang Burj al-Arab yang dekat Dubai tu...

Sama ada ianya satu keperluan, atau pembaziran, korang nilailah sendiri...di bawah ini sekitar 40 keping gambar Istana Negara yang baru...


Monday, November 14, 2011

Snippets(22) - 10 Fakta Menarik Hari Ini


1. Wanita berkedip dua kali lebih banyak dari lelaki.

2. Orang yang menggunakan tangan kanan, kira-kira, 9 tahun lebih panjang umur dari orang kidal

3. Jika semua emas di dalam laut ditambang, setiap manusia di dunia masing-masing boleh mendapat emas sebanyak 20kg

4. Jika hati manusia berhenti bekerja, manusia akan mati di antara 8 hingga 24 jam

5. “Quidnunc” adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

6. Jika matahari tiba-tiba padam, 8 minit diperlukan bagi manusia untuk menyedarinya.

7. Leonardo Da Vinci yang mencipta gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.

8. Abjad untuk Hawaiian ada 13 sahaja - A,E,I,O,U,H,K,L,M,N,P,W - yang dipanggil okina.

9. 25% dari tulang manusia ada di kaki.

10. David Sarnoff adalah orang yang menerima signal Titanic dan meyelamatkan ratusan nyawa. Dia akhirnya menjadi ketua rangkaian radio, the National Broadcasting Company (NBC).


Sunday, November 13, 2011

Menakjubkan! Inilah Keindahan Hutan Hujan Amazon





Dinobatkan sebagai salah satu daripada 7 keajaiban alam sekitar dunia yang baru, Hutan Hujan Amazon benar-benar indah dan menyimpan pelbagai misteri yang penuh dengan keajaiban...


Saturday, November 12, 2011

40 Selebriti Korea Paling Top Pada 2011 (Korea Forbes Magazine)





Korea Forbes Magazine baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 40 selebriti terbaik di Korea untuk 2011.  

Senarai itu dibuat dengan mengumpul data selebriti yang paling banyak dilayari di laman portal. Dari situ, Korea Forbes Magazine memutuskan 100 selebriti Korea yang paling banyak muncul dalam pelbagai, drama, filem, dan sukan. Kemudian, mereka memeriksa pendapatan setiap selebriti tersebut sehinggalah mereka mendapat top 40 selebriti Korea untuk 2011.


Berikut keputusan penuh 40 selebriti terbaik di Korea:
 

Hotel Mewah Dalam Helikopter





Hotelikopter adalah hotel terbang berstatus 5 bintang pertama di dunia...


Liu Bolin, Manusia Halimunan Yang Cetuskan Kekaguman Ramai





Artis China Liu Bolin sekali lagi mengagumkan peminatnya apabila dia menyamar sebagai rak sayur di sebuah pasar raya di Beijing.


Digelar artis halimunan kerana kepakarannya menyatukan diri dengan pelbagai latar belakang, Bolin, 35, bergiat aktif dalam seni ilusi optik sejak enam tahun lalu.

Lelaki tersebut kerap melakukan persembahan solo dan berkumpulan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pada Jun lepas, dia pernah menyamar sebagai rak majalah di New York.

Friday, November 11, 2011

Maksud Bacaan Di Dalam Solat





Ramai orang yang menunaikan solat tapi adakah mereka benar- benar khusyuk dalam solat? Khusyuk dalam solat merupakan perkara yang agak sukar untuk dilakukan tapi boleh juga menjadi perkara yang mudah untuk dilakukan jika tahu tips dan cara yang boleh diamalkan untuk mencapai khusyuk dalam solat.


Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencapai khusyuk dalam solat. Salah satu daripadanya adalah dengan mengetahui setiap maksud bacaan dalam solat..

(GAMBAR) Pemenang Miss Universe Malaysia 2012: Kimberley Ann Estrop-Leggett





Anak kelahiran Pulau Pinang Kimberley Ann Estrop-Leggett membawa pulang gelaran Miss Universe Malaysia malam tadi.


Kecantikan gadis berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan lapan peserta lain pada acara kemuncak gala yang diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini.

"Saya tidak fikir anda boleh menentukan apa yang rakyat Malaysia kelihatan seperti (dari segi penampilan). Saya rasa saya mewakili konsep 1Malaysia, "kata Leggett, yang berketurunan British-Belanda.

Kerap Makan Coklat Boleh Elak Penyakit Strok





Makan coklat terlalu kerap tidak dianggap perkara yang buruk, lebih-lebih lagi jika ia coklat hitam.


Menurut satu kajian di Sweden yang disiar dalam Jurnal American College of Cardiology, lebih daripada 33,000 wanita menyatakan lebih banyak coklat yang mereka makan, lebih rendah risiko mereka mendapat serangan strok.

Hasil keputusan itu menambah kepada bukti yang menghubungkan antara penggunaan koko dan kesihatan jantung tetapi ia tidak bermakna wanita tersebut boleh sesuka hati mengunyah coklat.

Thursday, November 10, 2011

(GAMBAR) Pasangan Penguin Gay di Zoo Toronto





Pihak pengurusan Zoo Toronto mengumumkan bahawa mereka akan memisahkan dua ekor penguin jantan di zoo berkenaan selepas kedua-dua haiwan tersebut menonjolkan perlakuan gay.


Wednesday, November 9, 2011

Nike MAG 2011 - Kasut Nike Paling Canggih




Dicipta berdasarkan kasut yang dipakai oleh Marty McFly dalam filem 'Back to the Future 2', Nike MAG adalah kasut Nike paling canggih pada 2011. Ia dicipta melalui gabungan lampu-lampu LED electroluminescent yang dibina didalam tumit kasut dan turut dilengkapi dengan sepasang bateri kecil yang boleh dicas semula. Sebuah pengecas turut disertakan dengan setiap pembelian kasut ini.


Monday, November 7, 2011

10 Produk Zombie Paling Cool






Penghadang Pintu dengan desain Zombie merangkak..

Manusia Terawal di Dunia Berasal Dari Afrika





Satu kajian menunjukkan kelompok manusia terawal berasal dari Afrika tersebar ke seluruh dunia melalui Arab, dan bukannya Mesir.


Pengarah Projek Genografik, Dr Spencer Wells berkata, kajian selama enam tahun melibatkan proses corak pemetaan, mendapati manusia tiba di Eropah, Asia dan Ocenia dengan menyeberangi laut ke rantau Arab kira-kira 7,000 tahun dahulu.

Katanya, saintis sebelum ini berpendapat manusia berhijrah ke benua lain menggunakan laluan di wilayah Senai, Mesir, namun kajian terbaru menunjukkan kumpulan tersebut mengembara jauh ke selatan, berkemungkinan melalui Yemen.

Saturday, November 5, 2011

Kucing Dengan 30 Nyawa






Ramai orang berkata kucing mempunyai 7 nyawa, tetapi seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali.


Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing.

Thursday, November 3, 2011

10 Perkataan Terpanjang Dalam Bahasa Inggeris

 
 
 
 
 
Berikut ini ialah 10 perkataan terpanjang bahasa Inggeris yang Encik Billy yakin korang malas nak membacanya, betul tak?



10. Otorhinolaryngological (22 huruf)
Cabang ilmu perubatan yang berkaitan dengan rawatan terhadap sakit kepala, leher, telinga, kerongkong dan hidung.


9. Thyroparathyroidectomized (25 huruf)
Proses pemotongan kelenjar paratiroid Tiroid.


8. Radioimmunoelectrophoresis (26 huruf)
Elektroforesis untuk antigen terpisah dan antibodi dengan menggunakan antigen atau antibodi berlabel dengan radioisotop.


7. Honorificabilitudinitatibus (27 huruf)
Ini adalah perkataan terpanjang yang pernah ditulis oleh Shakespeare yang bererti "Negara yang mampu mencapai kehormatan".

[Entri 18 sx] - Teknik Melukis Menggunakan Zakar





Minta maaflah, entri kali ini sangat-sangat giler 18 sxxx...sekiranya anda berasa entri ini kurang sesuai untuk bacaan anda, sila tinggalkan blog ini dengan segera..

Entri ini adalah tentang seorang pelukis lelaki yang menggunakan zakar dan anusnya  untuk melukis pelbagai jenis lukisan, dan dia adalah seorang pelukis professional...


Sejarah Diolah: Tarikh Penubuhan Melaka Pada 1262 Bukan 1400




Kerajaan negeri Melaka bersetuju menetapkan tarikh penubuhan kerajaan Melayu Melaka pada 1262 dan bukannya 1400 seperti yang menjadi rujukan umum sebelum ini.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka (IKSEP), Datuk Mohd. Said Yusof berkata, asas yang diambil untuk menukar tarikh sebenar penubuhan Melaka berdasarkan dua karya agung iaitu Sulalat Al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

Wednesday, November 2, 2011

Gambar Masa Kecil Para Bintang Bola Sepak Dunia





Steven Gerrard
 

Robot Yang Boleh Memanjat Seperti Cicak





Para saintis mencipta sebuah robot yang boleh memanjat dinding tegak tanpa menggunakan gam, lekapan dan cecair melekap.


Tuesday, November 1, 2011

Kolam Renang Paling Padat di Dunia





Lebih sejuta orang telah mengunjungi sebuah kolam renang gergasi yang dikenali dengan nama 'Laut Mati' China yang terletak di sebuah taman tema air di wilayah Sichuan.


Taman tema dalam bangunan itu merupakan taman tema air terbesar di China merangkumi kawasan seluas 30,000 meter persegi. Laut buatan itu mengandungi 43 bahan mineral.

Fakta Menarik; Seminit di Internet




Inilah 25 fakta/perkara yang terjadi di internet selama seminit dan anda akan faham bagaimana berharganya 1 minit di dunia maya.

  1. 500 lebih posting di blog
  2. 98,000 twit terbaru
  3. 12,000 iklan terbaru di craiglist
Related Posts with Thumbnails