Skip to main content

Kajian Kata Pengguna Internet Explorer Miliki IQ Rendah Adalah Satu Penipuan





Dua hari lepas encik Billy ada buat entri tentang pengguna Internet Explorer yang dikatakan sebagai bodoh dan terencat kerana mempunyai IQ yang rendah (sila klik sini untuk baca). Rupa-rupanya kajian itu adalah satu penipuan dan tidak benar sama sekali. Malangnya kajian ini tersebar ke seluruh dunia dan ramai yang mempercayainya.


Kajian tersebut yang mendakwa bahawa pengguna IE adalah bodoh dijalankan oleh sebuah firma Kanada, AptiQuant.

Penipuan itu terbongkar selepas sebuah laman berita perniagaan, Computer Business Review (CBR) mendapati laman web AptiQuant mengandungi imej dan teks yang sama dengan sebuah firma penyelidikan dikenali sebagai Central Test.

Pembohongan itu jelas terbukti apabila CBR menerima kenyataan daripada Central Test menyatakan, ia tidak tahu tentang AptiQuant walaupun kedua-dua syarikat memiliki banyak persamaan.


Seorang jurutera web kemudian mengaku melakukan penipuan tersebut kerana dia berasa kecewa dengan IE.

"Saya amat kecewa dengan IE kerana cuma satu versi perisian tersebut boleh digunakan pada sesuatu masa untuk menguji laman web," kata lelaki tersebut.

"Saya kemudian menciptakan helah itu untuk meyakinkan orang lain supaya berhenti menggunakan IE," tambahnya.


 p/s: moralnya, jangan percaya bulat-bulat sebarang kajian yang dilakukan :p

sumber: kosmo

Comments

  1. ish, diri sendiri yang 'bodoh' then nk memperbodohkan orang ramai pulak.. >.<

    ReplyDelete
  2. silap2..pd ak,pnguna ie mmg bodo (rendah iq nye)..kalau dberi plihan pun,ak xkn gnekn ie kalo dlm pc tu ade mozilla atau opera atau google chrome..kte sndri pn tau yg ie tu lembap la leceh la,kn..nk bt pe pkai stu bnde yg mnyusahkn..bodo nmenye,kalo msh nk pkai..(lainla kalo trdesak ke atau ade urusan lain yg mlibatkn ie..)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.