Wednesday, August 10, 2011

Inilah Jutawan Yang Buta Huruf dan Tak Reti Membaca





Seorang jutawan yang tersenarai selaku antara orang paling kaya di Britain baru-baru ini membuat pengakuan mengejut - dia tidak tahu membaca.
 

Andreas Panayiotou, 45, tidak boleh mengisi sendiri borang pasport paling mudah. Dia juga terpaksa memberi tumpuan untuk mentafsirkan tanda jalan apabila memandu.

Bapa lima anak itu yang mempunyai kekayaan mencecah £400 juta (RM2 bilion) dan menduduki tangga ke-200 orang paling kaya di Britain mengaku: “Ketika kanak-kanak, saya berusaha sedaya upaya untuk membaca.


“Tetapi otak saya tidak dapat mentafsirkan huruf yang membentuk perkataan itu.”

 Selepas meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun tanpa sijil, dia belajar mengatasi masalah disleksia yang dihadapinya itu dengan menghafal bentuk perkataan penting.

Bekas peninju itu yang dilahirkan di London dari keluarga keturunan Greek Cyprot bagaimanapun berkata: “Saya menghadapi masalah besar apabila menemui perkataan yang saya tidak pernah jumpa.


“Di jalan raya, saya tyerpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membaca tanda jalan. Ia sentiasa merisaukan saya. Mengisi borang seperti kawalan kastam juga menjadi masalah.”

Meskipun buta huruf, Panayiotou kini memiliki tiga pesawat, satu daripadanya jet Gulfstream berharga £40 juta (RM200 juta), dan sebuah kapal layar berharga £12 juta (RM60 juta). Dia tinggal di rumah di Epping Forest, Essex, yang kawasan tanahnya seluas 20 ekar.

Panayiotou yang menyuarakan hasrat untuk membantu mereka yang mengalami disleksia sepertinya berkata: “Ketika kanak-kanak, saya tidak suka membaca. Apabila dewasa, saya mengatur kehidupan seharian saya supaya dapat mengelak daripada membaca.”

 
 

sumber: hmetro, dailymail.co.uk, thesun.co.uk

Entri-Entri Berkaitan.....

5 comments:

  1. ni cabaran utk org2 yg bole membaca... harta dunia pn bole, harta akhirat pn bole.. :)

    ReplyDelete
  2. wah mmg sgt inspiring...
    even buta huruf pown still bole jd jutawan

    ReplyDelete
  3. wat surat pemindahan harte pastu suruh die sain kompem2 dpt..kihkih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails