Skip to main content

Suami Diperosok Dalam Beg, Cuba Diseludup Keluar Dari Penjara





Macam-macam kes jenayah sekarang ni. Di Mexico, seorang wanita ditangkap kerana cuba menyeludup suaminya keluar dari penjara dalam beg pakaian yang hanya sebesar 50cm x 30 cm.


Wanita itu ditahan ketika hendak meninggalkan penjara selepas melakukan lawatan untuk mengadakan seks dengan suaminya.

Pengawal mengesyaki sesuatu apabila melihat Maria del Mar Arjona, 19, cuba meninggalkan penjara di Mexico dengan sebuah beg besar. Apabila memeriksa beg berkenaan, mereka menemui Juan Ramirez Tijerina merengkok di dalamnya dengan hanya memakai stokin dan seluar dalam.


Ramirez menjalani hukuman penjara 20 tahun selepas didapati bersalah memiliki senjata secara haram pada 2007. Isterinya, Maria ditangkap dan kini sedang menanti perbicaraan.


p/s: pelikkan, macam mana lelaki itu yang mempunyai ketinggian lelaki biasa mampu muat dalam beg sekecil itu dalam masa yang singkat? Mengikut rekod Guinness, rekod manusia terpantas yang dapat masuk ke dalam beg kecil dalam masa yang singkat adalah milik seorang lelaki Amerika iaitu Leslie Tipson, dengan masa 5.43 saat. Itupun setelah dia belajar yoga selama 10 tahun!

Comments

  1. macam ni punyer orang pun ade.
    syg btl dy kt husband dy kn,

    ReplyDelete
  2. macam macam manusia sekarng nih...

    ReplyDelete
  3. niat nak wat kluar husband dari penjara, tgk2 dia lak yg kena. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.