Wednesday, July 6, 2011

Inspiring Story: Dulu Remaja Gemuk, Kini Jadi Ratu Cantik




6 tahun yang lalu, dia adalah seorang gadis yang sering dicemuh kerana berat badannya yang menjangkau 230 pound (105 kg). Penat diejek, dia mengambil keputusan drastik untuk melakukan perubahan terhadap dirinya. Dan pada hari Sabtu yang lalu (2/7/2011), dia telah memenangi gelaran ratu cantik, Miss Carolina 2011 dan akan mewakili negerinya untuk bertanding pada saingan Miss America di Las Vegas Januari ini.




Bree Boyce, merupakan seorang penyanyi 22 tahun dari South Carolina, adalah kejutan untuk pertandingan  Miss Amerika tahun ini selepas dia kehilangan berat badan yang luar biasa sebanyak 110 pound untuk memenangi pertandingan negeri itu.
  
Miss Boyce setelah memenangi pertandingan itu, berkata bahawa dia dalam perjalanan untuk memberi inspirasi kepada remaja lain yang mempunyai masalah berat badan untuk makan secara lebih sihat.

'Matlamat saya dalam kehidupan ialah untuk memberi inspirasi kepada semua peringkat umur untuk menjadi sihat melalui tabiat makan yang baik, bersenam, dan percaya kepada diri. Anda mempunyai kuasa untuk merubah kehidupan anda, "tulisnya di laman Facebook beliau.

'Saya berharap dapat berkongsi mesej saya dengan semua orang. Saya bernasib baik untuk bertemu dengan ramai orang melalui penglibatan ceramah, lawatan sekolah, dan melalui pelbagai acara amal. '


Gambar-gambar yang menakjubkan di bawah menunjukkan carta transformasi yang luar biasa itu - daripada remaja dengan berat badan berlebihan dan rasa rendah diri yang melampau, menjadi seorang yang  berkeyakinan diri dan menarik, dengan badan yang kelihatan sihat dan bukannya kelihatan seperti kebuluran.


 Boyce ketika remaja
 Boyce bersama ibu bapanya...masih lagi gemuk
Wajah terbaru Boyce setelah turun sebanyak 110 pound

 Ketika beraksi di pertandingan Miss South Carolina
 
.
sumber:dailymail.co.uk


Entri-Entri Berkaitan.....

6 comments:

  1. wow inspiring! haha gamba y terakhir tu y penting..ternganga mak nyah~ hehe..t klu nk g try ikea invite lah sy tau! haha =D

    ReplyDelete
  2. yes.... I got new inspiration....hehe

    ReplyDelete
  3. @Sizzling Suzai hah, nt en. billy invite, awk belanje..hehe :p

    ReplyDelete
  4. leh jadi semangat tuk kurus nie

    ReplyDelete
  5. nice entry :)

    Jemput singgah & follow blog Aisha: Www.AishaArdini.Com

    Post Terbaru: Puisi Lelangit Hati 3
    http://www.aishaardini.com/2011/07/puisi-lelangit-hati-iii.html

    Thanks! :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails