Skip to main content

Engineering Future: Komputer Masa Depan Bento




Seorang pencipta, Rene Lee telah mencipta sebuah peranti konsep menarik yang dipanggil sebagai Bento. Ia adalah alat tunggal modular yang menggabungkan komputer tablet, komputer riba, telefon pintar, hard drive dan bateri dalam satu sistem.  


Peranti ini boleh diguna secara berasingan atau sebagai satu rangkaian pemprosesan bersepadu. Ia bukan sahaja memanjangkan kitaran hayat produk, tetapi juga memperluaskan kemungkinan penggunaan rangkaian produk. Dengan itu, ia turut memungkinkan kebolehupayaan perkhidmatan mudah alih untuk setiap komponen.  

Bento telah disenaraipendek bagi anugerah reka bentuk FUJITSU 2011 dari lebih dari 1000 reka bentuk. Ia telah mendapat penghargaan yang luar biasa dalam pertandingan Designboom "A Life With Future Computing".

 

Struktur riba asas Bento adalah skrin OLED 15 inci. Ia mempunyai kuasa bateri solar lithium-ion. Tablet pada sistem itu berukuran 11 inci. Manakala telefon pintar berada pada satu ruang khas cetek dan berukuran 4 inci. Hard Drive SSD mempunyai kapasiti 1Tera Bytes.  

Salah satu ciri unik peranti ini ialah kebolehupayaan tablet dan telefon untuk digunakan secara berasingan. Kedua-duanya boleh dikeluarkan ketika mengecas dan boleh digunakan secara tanpa wayar. Setiap skrin di dalamnya boleh digunakan untuk tujuan dan kandungan yang berbeza, apabila disambungkan melalui sistem rangkaian atau fizikal.

 
 
 

sumber: http://interestingengineering.blogspot.com

Comments

  1. cool beb...but what's the purpose of combining them all?

    ReplyDelete
  2. salam singgah.. wah.. memang smart... kalau dah dijual berapa la harga dia ni agaknya nanti..

    ReplyDelete
  3. sekarang samsungkan sdng membangunkan telefon pintar konsep kaca lut sinar(boleh nampak belakang).......mcm dlm cerita iron man 2....telefon yg Tony Stark guna.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.