Sunday, July 10, 2011

Cara-Cara Untuk Membunuh Zombi




Di bawah ini adalah garis panduan yang dikeluarkan oleh sebuah Majlis Perbandaran di Bristol, Britain untuk penduduknya bagi menangani serangan zombi. Garis panduan itu menunjukkan cara terbaik untuk membunuh zombi iaitu mayat yang kembali hidup dan memburu manusia untuk memakan daging mereka.


Antara isi penting garis panduan di atas:
  • Ia memberikan maklumat mengenai penduduk boleh menggunakan senjata api seperti senjata renjatan elektrik, gari dan memakai pakaian perlindungan untuk membunuh zombi.
  • Menurut garis panduan tersebut, zombi itu boleh dibunuh dengan melakukan satu pukulan kuat di bahagian kepala atau memutuskan kepala mayat hidup itu.
  • Bagi mengelak berlaku panik, berita akan disiarkan mengenai perkembangan serangan zombi.


Majlis Perbandaran Bristol mengeluarkan garis panduan itu sebagai reaksi terhadap permintaan kebebasan maklumat. Ia dikeluarkan selepas seorang penduduk meminta maklumat apa yang perlu dilakukan jika zombi membuat serangan.Garis panduan itu melibatkan bandar Whitchurch Park, Shirehampton dan Totterdown di dalam kawasan perbandaran Bristol.

sumber: http://www.metro.co.uk

Entri-Entri Berkaitan.....

3 comments:

  1. cam ni pun ader?
    wujud ke zombi tu..

    ReplyDelete
  2. tu ah, wujud ke zombi? yo yo or jer

    ReplyDelete
  3. bukannya zombie itu hanya cerita saja tidak ada keasliannya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails