Guinness World of Records hari ini mengiktiraf seorang remaja lelaki rakyat Filipina sebagai manusia terpendek di dunia.
Junrey Balawing, 18, menepuk tangannya selepas ketua editor Guinness, Craig Glenday secara rasminya mengiktiraf dia sebagai manusia terpendek di dunia di pusat kesihatan di bandar Sindangan, wilayah Zamboanga del Norte, selatan Manila.
Dengan ketinggian 59.7 sentimeter, Balawing mempunyai kesukaran untuk berjalan dan tidak boleh berdiri terlalu lama.
Anak sulung daripada empat beradik itu berjaya mengalahkan Khagendra Megar dari Nepal yang mempunyai ketinggian 67 sentimeter.
![]() |
Khagendra Megar kini manusia kedua terpendek di dunia |
Menurut bapanya, Reynaldo, Balawing mula jatuh sakit ketika kanak-kanak dan berhenti membesar pada usia dua tahun. Mereka kemudiannya merujuk perkara tersebut kepada doktor namun penyakitnya tidak dapat dikenal pasti.
![]() |
Balawing bersama ibu dan bapanya |
“Terima kasih kepada semua yang menyokong anak saya untuk diiktiraf sebagai manusia terpendek di dunia,” katanya.
Balawing sebelum ini pernah bersekolah namun terpaksa berhenti kerana kedua ibu bapanya risau akan keadaan fizikal dan keselamatannya.
Lagi gambar-gambar menarik:
sumber: utusan malaysia, dailymail.co.uk,
comel la baby tua ni..hehe....microphone tu lgi besar dr tgn dia..
ReplyDeletealolorrr,,,tecik nyer dy,,,
ReplyDeletecomEL!
ReplyDeletesungguh unik sekali itulah tanda kebesaran alloh
ReplyDelete