Skip to main content

Presiden Termiskin di Dunia Jual Kereta Peugeot Miliknya




Entri ini adalah berkaitan dengan entri en. Billy sebelum ini; Presiden Termiskin di Dunia. Dalam entri tersebut, en Billy ada mention kan pasal satu-satunya kereta yang dimiliki oleh Presiden Iran ini, Mahmoud Ahmedinejad adalah sebuah kereta Peugeot lama model 1977, dan kini kereta itu sudah dijual. Dan hasil jualan itu pula digunakan untuk membantu golongan miskin. 


Sebuah syarikat yang membeli kereta itu tidak mahu identitinya didedahkan, kata kenyataan Pertubuhan Kebajikan Iran selepas lelongan tersebut berlangsung di bandar Abadan, barat daya Iran.

"Klien saya membeli kereta itu kerana meminati Mahmoud yang mengamalkan pendirian yang bencikan keangkuhan dan fahaman Zionisme," kata seorang peguam Mahmoud Esari.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari memberitahu, lebih sejuta pembida mendaftar di laman web bidaan tersebut. Katanya, terdapat juga bidaan-bidaan yang datang dari Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

 

Pada 1 Januari lalu, Mahmoud melancarkan laman web www.ahmadinejad-car.com untuk mengundang bidaan antarabangsa untuk kereta itu.

Hasil jualan kereta tersebut akan digunakan bagi membiayai pembinaan 6,000 kediaman untuk wanita miskin dan golongan tidak berkemampuan.


p/s: kagum dengan personaliti Ahmedinejad...satu contoh pemimpin yang wajar dicontohi

Comments

  1. mmg byk info la byk bro
    hehehehe..
    rasa nk copy jer..
    hehehehehehehe.

    ReplyDelete
  2. Semoga niat murni presiden ini akan memurahkan rezeki beliau dan menikmati kehidupan yang baik pada kemudian hari..

    Senarai Peserta Terkini Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular

    ReplyDelete
  3. terbaek.kan bagus kalo sume org kaye kt negara kite cm tu =)

    ReplyDelete
  4. @shahx salah nk copy bro..sila2, tp kredit kan lah ke sini kalu bole..hehe

    ReplyDelete
  5. pemimpin macam nilah yang patut kita sokong...contoh terbaik. barulah orang kafir gerun dengan Islam...

    http://mohasha.blogspot.com/2011/05/kopi-gelatin-babi.html

    ReplyDelete
  6. Thanks for the info, semua entri best
    Memang nama billyinfo tu memang sempoi la encik billy:-D

    ReplyDelete
  7. Thanks for the info, semua entri best
    Memang nama billyinfo tu memang sempoi la encik billy:-D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.