Seorang lelaki di Nigeria, Bello Maasaba berusia 87 tahun telah berkahwin dengan 107 wanita dan memiliki 185 orang anak dengan anak bongsunya baru saja berusia sebulan!
![]() |
Maasaba bersama isteri-isteri dan anak-anaknya |
"Saya mendapat ilham daripada Tuhan yang memberitahu saya wanita yang mana patut saya berkahwin. Tanpa ilham tersebut, saya tidak akan mengahwini lebih daripada dua isteri," katanya. Dia tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah yang memiliki 89 bilik di Bida, Nigeria.
Seluruh keluarganya termasuk mertua, ipar, sepupu dan anak saudara kini berjumlah sekitar 5,000 orang. Bello pernah dipenjara tiga tahun lalu apabila dia enggan menceraikan semua isterinya kecuali empat isterinya seperti yang diarahkan pihak berkuasa agama Islam Nigeria.
Semasa kes itu dibicarakan, puluhan isterinya memberi keterangan bahawa mereka berkahwin dengan ikhlas. Selepas mendengar keterangan 57 wanita, hakim mahkamah terbabit mengarahkan supaya Bello dibebaskan.
![]() |
Sebahagian daripada isterinya memberikan sokongan ketika beliau dibicarakan di mahkamah |
sumber: kosmo, http://tundratabloids.com, allafrica.com
erk......... (- -")
ReplyDeletewaw,,,,hebat cuy....
ReplyDeletejutawan ke dia ni bini ramai?
ReplyDeletebtol ke laki muslim niey,,spttnya bleh beristeri 4 je bt satu2 masa,,
ReplyDelete