Skip to main content

Fenomena Filem KONGSI, Raih Kutipan RM1.08 Juta Hari Pertama Tayangan





En Billy dah tengok citer Kongsi ni dari hari first tayangan lagi, iaitu pada Khamis lalu. Sedikit review: Overall cite ni bestla, sedap dilayan untuk hilangkan stress sebab banyak scene yang kelakar. Scene action pun boleh tahan tapi takdelah sehebat action filem-filem Thai. Cuma dari segi story line dia agak kurang sikit. Bercelaru dan ada yang macam takde motif. 


Apa-apapun, memang dah agak kutipan filem ni akan meletup berdasarkan sambutan 'full house' penonton di pawagam pada hari first tayangannya. Berikut adalah info dari Berita Harian:

Filem terbaru lakonan Shaheizy Sam, berjudul Kongsi yang mula memasuki pawagam kelmarin mencipta sejarah baru dalam industri perfileman tempatan apabila jualan tiket pada hari pertama tayangannya mencapai kutipan kasar RM1.08 juta di seluruh negara.

Jumlah itu adalah rekod terbesar menyaksikan filem Melayu buat pertama kalinya melepasi kutipan lebih RM1 juta pada hari pembukaan tayangannya, selain muncul kali pertama filem tempatan ditayangkan menerusi 100 pawagam.

Kutipan besar itu adalah kejayaan di luar dugaan selepas Sam meraih gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, awal bulan lalu. Filem arahan Farid Kamil itu diterbitkan MIG Productions membabitkan kos sebanyak RM1.8 juta.

Sumber pawagam juga melaporkan kutipan besar yang diraih Kongsi ialah di kawasan sekitar Johor, Lembah Klang dan Pulau Pinang dengan menyaksikan keseluruhan jumlah penonton adalah melebihi 104,000 orang.

Kongsi muncul sebagai filem kedua paling tinggi kutipan pada hari pembukaannya dalam tempoh 15 tahun di negara ini selepas Transformers 2 – Revenge of The Fallen yang meraih catatan kutipan hari pertama sebanyak RM1.2 juta.

Mengulas pencapaian di luar jangkaan itu, produser Kongsi, David Teo, berkata tayangan pembukaan dan sepanjang hari pertama tayangan Khamis lalu saja mencapai kutipan kasar RM1,085,064 juta menerusi tayangan membabitkan 100 pawagam di seluruh negara.

“Saya dan seluruh produksi Kongsi gembira dengan berita ini,” katanya.

sumber: berita harian


Comments

  1. saye pun tgk hari first jugak..and betul, jalan cerita mcm tak best sangat tapi siyes cite ni klakar gile gile =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.