Tuesday, April 5, 2011

Robot Pertama di Dunia Yang Boleh Terbang Seperti Seekor Burung





Kagum gilee! Sila layan klip di bawah untuk melihat bagaimana robot ini terbang sebijik macam seekor burung!

video



Info Ringkas:
  • Robot SmartBird direka oleh sebuah syarikat teknologi di Jerman, dikenali sebagai Festo, yang mempunyai kepakaran dalam bidang automation dan control technology.
  • Diinspirasikan dari pergerakan seekor burung helang ketika terbang di udara, saintis di syarikat itu berjaya menghasilkan sayap yang mampu bergerak ke atas dan ke bawah dan bergerak secara elegan seperti seekor burung.
  • Sayap itu juga mampu untuk bergerak pada sudut tertentu, membolehkan sebuah model robot yang ringan dengan kualiti aerodinamik yang tinggi dihasilkan. Ia mempunyai berat 0.485 kg.
  • Menggunakan teknologi komunikasi ZigBee radio, SmartBird berkeupayaan untuk menghantar data secara wireless kepada komputer pengawasan yang membantu robot ini untuk membetulkan laluannya ketika terbang. 
  • Ia turut dilengkapi dengan dua roda kecil pada badannya, sebuah kamera kecil, dua bateri kecil, litar elektronik dan 4 servo digital.


source: http://technolookers.com, http://robots-at-home.com

Entri-Entri Berkaitan.....

4 comments:

Related Posts with Thumbnails