Seorang peminat fanatik kereta, John McArthur, 22, mencipta kelainan apabila dia menukarkan kereta jenama Skoda Felicia miliknya menjadi sebuah padang golf mini.
McArthur hanya membeli kereta tersebut pada harga murah iaitu £347 (RM1,718.13) daripada sebuah laman web lelong, eBay bagi menggantikan kereta lama berjenama Renault Megane Scenic.
Dia meletakkan rumput palsu di atas kereta tersebut dengan dilengkapi lubang dan tiang bendera.
Kereta itu ternyata menarik perhatian orang ramai apabila ramai yang ingin bergambar dan bertanyakan pelbagai soalan kepada John.
sumber: kosmo
Comments
Post a Comment