Skip to main content

Di Austria, Hoki Dimainkan di Bawah Lapisan Ais

Underwater Ice Hockey adalah sejenis sukan baru yang berasal dari Austria dan semakin popular di kalangan penyelam bebas dan peminat sukan ekstrim.

 

Untuk tidak mengelirukan dengan permainan hoki di bawah air yang dimainkan di kolam renang dalam bilik, hoki di bawah ais pula dimainkan di dalam arena bersaiz 6 meter lebar dan 8 meter panjang di bawah paras sebuah tasik ais beku.  

Setelah satu lubang berbentuk empat segi ditebuk pada lapisan ais tebal itu, para pemain sambil memakai pakaian selam dan membawa kayu hoki akan melompat ke dalam lubang itu dan cuba untuk mengawal bola hoki terapung ke gawang lawan mereka. Anggap saja sebagai permainan hoki terbalik.



Pemain hoki bawah ais perlu memiliki kemampuan menahan nafas yang sangat baik, kerana mereka tidak dibenarkan untuk bermain dengan berbagai macam alat pernafasan. Memandangkan perlawanan itu memerlukan kekuatan fizikal, pemain perlu ke permukaan setiap 30 saat untuk menghirup udara segar.  

Dalam kes-kes tertentu di mana pemain kehilangan arah sebagai contoh salah satunya sudah terlalu penat untuk mencapai lubang masuk, atau tidak boleh menemuinya, empat penyelam yang dilengkapi dengan tangki oksigen akan mengawasi setiap perlawanan. Underwater hockey dimainkan selama 10 minit sahaja dan pemain dibenarkan untuk melakukan regangan dan memanaskan badan selama 10 minit.


Perlawanan Piala Dunia Hoki Bawah Ais pertama di dunia telah dianjurkan pada tahun lalu di Weissensee, Austria dan telah dimenangi oleh pasukan dari Finland. Kerana keadaan suhu melampau, penonton yang hadir hanya dibenarkan untuk menonton perlawanan itu melalui skrin-skrin gergasi yang didirikan di sekitar kawasan perlawanan. 

 
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut bagaimana perlawanan ini dilangsungkan, anda boleh tonton klip di bawah:




source: http://www.odditycentral.com



Comments

  1. mmg kna stamina tggi..bleh taha nafas..kalo x mmg snang pancit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Kisah Benar - Adik Bercinta Dengan Abang Kandung Sendiri

 Seperti biasa, segmen Kisah Benar di blog ini memaparkan kisah kepincangan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dan dipetik daripada sumber-sumber media arus perdana. Seperti kisah di bawah ini yang sudah lama disiarkan oleh akhbar Kosmo..semoga menjadi pengajaran buat kita semua. "Saya tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks dengannya.”