Bas bukanlah sejenis pengangkutan yang popular di kalangan orang ramai, terutama sekali di negara-negara Arab. Tetapi kini, stigma itu bakal berubah apabila sejenis bas baru yang dikenali sebagai Superbus diperkenalkan baru-baru ini di sebuah pameran di Dubai. Sekali imbas, bas ini kelihatan seperti Batmobile (kenderaan Batman) dan kelihatan seperti sebuah limousin yang sangat panjang.
- Dicipta oleh sekumpulan pereka Belanda dari Universiti Delft TU termasuk bekas angkasawan negara itu, Wubbo Ockels dengan kos sebanyak AS$18.75 juta (RM56.70 juta)
- Bas unik itu umpama limousin tetapi ia mempunyai enam tayar dan boleh membawa 23 penumpang manakala panjang kenderaan tersebut adalah 4.57 meter.
- Kenderaan tersebut boleh bergerak selaju 255 kilometer sejam, mempunyai 12 pintu, dijana dengan satu motor elektrik dan bateri litium polimer.
- Bentuk luaran kenderaan itu yang aerodinamik membantu ia menggunakan bahan bakar dengan efisen.
- Ketua jurutera reka bentuk bas itu ialah Antonia Terzi yang pernah bekerja dengan pasukan kereta lumba Formula Satu, BMW Williams.
- Projek pembinaan bas itu mengambil masa selama tujuh tahun yang bermula pada 2004.
Lagi gambar-gambar menarik:
Mungkin best kalau RapidKL gunakan bas yg macam ni? Hehhe...
source: kosmo, dailymail.co.uk
Entah berapa tambang untuk nek bas macam ni..nak try jugak..
ReplyDeletetambang sama harga mcm nak beli keta sebijik...hahhaha
ReplyDeletemenarik tapi rendah sangat... seriau naik ramai-ramai
ReplyDeletetmbang msti terbaik lah.. haha~
ReplyDeletewih mantap tuh mobilnya keren
ReplyDelete