Monday, March 14, 2011

Wanita Beri Khidmat Kaunseling Dengan Berbogel




Selalunya bukan mudah untuk mengorek rahsia daripada golongan lelaki terutamanya untuk bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh mereka. Namun, ahli psikologi cantik yang berusia 24 tahun ini mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya, iaitu dengan berbogel.


Sarah White mencuba cara mendapatkan keterangan dari pesakitnya di New York dengan kaedah terapi yang benar-benar unik. Dengan membuka satu per satu pakaian yang dipakainya semasa sesi kaunseling, White yakin tindakannya ini dapat mencairkan ketertutupan sikap dari pesakitnya.


"Saya sengaja melakukannya sebagai cara untuk mengendalikan diri para pesakit saya itu. Tujuan saya berbogel di depan mereka adalah untuk membolehkan mereka memahami diri dan lingkungan mereka secara lebih baik sehingga mereka mendapat kekuatan dari kenikmatan yang timbul dari diri mereka dan kekuatan itu diharapkan tidak hanya muncul selama sesi terapi tetapi juga sesudahnya," ujar White.


"Tujuannya adalah memperlihatkan kepada pesakit bahawa tidak ada yang disembunyikan dari diri saya dan mendorong mereka untuk bersikap lebih jujur. Bagi sesetengah lelaki, melihat sosok wanita telanjang boleh membantu mereka memfokuskan perhatian serta melihat diri mereka secara lebih luas selain membantu mereka menyampaikan apa yang ada di fikiran mereka secara terbuka," tambah wanita yang berasal dari Upper West Side ini.

Sesi awal konsultasi yang ditawarkan melalui komunikasi satu arah di web cam dan pesanan melalui SMS dikenakan caj 150 dollar AS. Beliau dikatakan telah memiliki sekitar 30 pesakit dan bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat secara lebih mendalam, maka dia menawarkan komunikasi dua arah melalui video Skype dan bahkan, untuk beberapa kes, melalui konsultasi secara langsung. Sebahagian besar dari pesakitnya adalah lelaki.



sumber: stlyeforshe.com, kompas.com, jaywashere.com, dailypicksandflicks.com

Entri-Entri Berkaitan.....

9 comments:

  1. lepas ni ramailah nak jadi patient dia...

    ReplyDelete
  2. ishh... ishhh... ishhh.... tiada kaedah lain lagi kah???

    ReplyDelete
  3. lelaki mmg sengaje nk tgk pompuan x pakai baju.... wuu~ x senonoh

    ReplyDelete
  4. alasan cam gampang.. padahal taktik kotor nak tarik customer

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails