Bandaraya Doha, tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022
Cuba bayangkan bagaimana sebuah padang pasir yang tandus boleh berubah menjadi sebuah oasis yang mengagumkan!
![]() |
Bangunan moden di Doha |
Pearl gergasi-simbol Doha
Fakta Ringkas Bandaraya Doha:
- Doha yang bermaksud 'pokok gergasi' merupakan ibu negara bagi Qatar dan diperintah oleh Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani
- Dengan populasi lebih 1 juta orang, ia merupakan bandar terbesar di Qatar dengan lebih 80% dari populasi penduduk negara itu tinggal di Doha.
- Daripada kira-kira 1 juta penduduk itu, penduduk asal Qatar adalah minoriti dengan majoriti penduduk berasal dari negara luar seperti Pakistan, India, Sri Lanka, Bangladesh, Filipina dan Indonesia.
- Sumber utama Qatar sudah tentulah industri gas dan minyak yang menjadikan negara itu terlalu kaya. Disebabkan duit yang melimpah ruah, kerajaan Qatar cuba mempelbagaikan aktiviti ekonomi yang menyaksikan pembangunan pesat berlaku terutamanya di Doha.
- Antara lain kerajaan Qatar turut bercita-cita untuk menjadikan Doha sebagai pusat sukan dunia di mana beberapa acara besar telah berjaya dianjurkan seperti sukan Asia ke-15, 2011 Asian indoor Games, 2011 AFC Asian Cup selain acara jelajah basikal, golf dan tennis.
- Mereka turut bercita-cita membida untuk menjadi tuan rumah sukan Olimpik
- Pada Disember 2010, Qatar telah memenangi bidaan sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022 yang menyaksikan piala dunia buat pertama kalinya dianjurkan di dunia arab.
- Demi menyaksikan usaha mereka berhasil, kerajaan Qatar bersedia untuk membelanjakan sekitar USD 50 billion bagi usaha-usaha pembinaan stadium piala dunia.
- Setiap stadium pula akan dibangunkan dengan teknologi terkini dilengkapi dengan air-cond bagi menangani cuaca panas padang pasir.
sumber: wikipedia
gambar: google search image
oww gne plak..aritu singgah airport doha je..huhu
ReplyDeletetak rase kat negara arab. susah nak terserempak ngan penduduk tempatan.
ReplyDelete