Skip to main content

Lady Gaga Saman 'Aiskrim Baby Gaga' Yang Gunakan Namanya




Sebelum anda baca dengan lebih lanjut, apa kata anda baca artikel ini terlebih dahulu (sila klik aiskrim Baby Gaga)


Peguam penyanyi pop terkenal, Lady Gaga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pembuat aiskrim susu ibu yang dinamakan sebagai Baby Gaga.

Menurut sepucuk surat yang dihantar kepada restoran The Icecreamists di London itu, peguam Lady Gaga memberi masa sehingga 12 tengah malam Rabu ini untuk menukar nama produk tersebut jika ingin mengelak tindakan undang-undang berhubung pelanggaran tanda perniagaan.

"Restoran di Convent Garden itu juga perlu berhenti mengaitkan Lady Gaga dengan sebarang aiskrim yang ditawarkan,'' kata surat tersebut yang dihantar oleh firma Mishcon de Reya.

Surat itu menuduh The Icecreamists mengambil kesempatan ke atas populariti Lady Gaga dalam cara provokatif dan tidak sihat.


Aiskrim berkenaan menerima sambutan ramai apabila keluaran pertamanya habis dijual beberapa hari selepas ditawarkan. Ia diperbuat daripada susu 15 wanita yang menjawab iklan di forum ibu-ibu dalam talian.

Setiap hidangan berharga 14 pound (RM68.75) dan dihidangkan oleh pelayan yang berpakaian pelik, sesuatu yang menjadi imej Lady Gaga. Bagaimanapun, aiskrim berkenaan tidak lagi dijual selepas Majlis Perbandaran Westminister merampasnya untuk pemeriksaan keselamatan dan kesihatan.

"Kami mengambil aiskrim ini untuk sampel. Ia bukan satu pengharaman.Pemiliknya bersetuju secara sukarela untuk tidak membuat atau menjualnya sehingga kami mendapat semua keputusan,'' kata seorang jurucakap.

Beliau menjelaskan, susu ibu boleh menyebabkan jangkitan penyakit termasuk hepatitis.

Pembuat aiskrim berkenaan berkata, mereka menggunakan prosedur pemeriksaan sama yang digunakan untuk pendermaan darah atau bank susu di London.

sumber: utusan

Comments

  1. hehehe..masyarakat..susah jgk klu org popular ne

    ReplyDelete
  2. aik??pelik jugak an??
    bukan susu ibu penuh dengan khasiat ka??
    kenapa bole jadi hepatitis plak??

    ReplyDelete
  3. nk laku kan brg, kene gne name org yg x senonoh.. rmi pulak tu beli. pelik2

    ReplyDelete
  4. "alh sush2 gne jew nme aqu ngn billy..virgo billy..ha kn ssuai tu..ok x billy..??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.