Skip to main content

Kutipan Merong Mahawangsa 4 Hari RM 2.2 Juta...okey la tu!




Encik Billy dah dua kali tau tengok citer ni...semalam paling latest...so secara tak langsung menjadi penyumbang kepada kutipan Filem HMM yang sudah mencapai RM 2.2 juta!


Lihat petikan daripada Berita Harian di bawah:

FILEM epik Melayu terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa bukan sahaja mula menjadi bualan tetapi turut menarik minat ramai untuk menontonnya.

Ini terbukti apabila sejak ditayangkan 10 Mac lalu, filem arahan Yusry Abdul Halim itu mendapat sambutan memberangsangkan kerana meraih kutipan kasar RM2.2 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan di 69 pawagam termasuk dua daripadanya di Brunei.

Ia mencatat kutipan RM500,000 untuk hari pembukaan dan meningkat kepada RM700,000 dan RM600,000 pada Sabtu dan Ahad. Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim meluahkan rasa syukurnya dengan sambutan baik penonton terhadap filem kelapan KRU yang dihasilkan dengan bajet RM8 juta itu.

Katanya, ia mengejutkan untuk filem epik kerana selalunya filem komedi atau seram sebagaimana kejayaan filem Ngangkung, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Khurafat yang mencatat kutipan baik sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya berharap filem yang menggunakan kos sebanyak RM8 juta itu dapat bertahan hingga empat minggu di panggung wayang sekali gus membolehkan lebih ramai menontonnya.

Katanya, menerusi maklum balas pada hujung minggu lalu, ramai penonton terkilan kerana tiket menyaksikan filem berkisar nakhoda dan pahlawan dari keturunan Iskandar Zulkarnain itu habis dijual malah ada dikalangan pawagam hanya membuka satu atau dua panggung sedangkan permintaan tinggi.

“Kami berharap pihak pawagam dapat membuka lebih panggung melihatkan permintaan tambahan pula ini musim cuti sekolah. Penonton juga diminta jangan menunggu saat akhir mendapatkan tiket di kaunter, jika boleh membuat tempahan secara on-line ia sangat digalakkan supaya tidak kecewa.

“Masalah kehabisan tiket ini bukan hanya membabitkan penonton di Kuala Lumpur, ia turut membabitkan tayangan di Johor, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu. Keadaan akan bertambah meriah minggu ini dengan musim cuti persekolahan di mana orang ramai berpusu-pusu ke pawagam,” katanya.

Melihat kepada angka berkenaan, Norman mengakui berdasarkan jangkaan awal pihaknya mensasarkan dalam tempoh terbabit sekitar RM1.5 juta dapat dicatat namun promosi dari mulut ke mulut selain kualiti naskah itu sendiri menarik penonton mengikutinya.

“Ini satu perkembangan yang baik, bukan untuk Hikayat Merong Mahawangsa saja malah filem Melayu lain kerana musim cuti ini banyak lagi filem blockbuster Hollywood masuk. Filem genre aksi seperti ini sememangnya perlu ditonton di pawagam untuk merasai mood dengan sistem audio visual yang mendebarkan.

“Memandangkan wajib tayang untuk filem Melayu kini seminggu sekali, selain produk Hollywood kita juga akan bersaing dengan filem Melayu lain. Justeru kami harap dalam tempoh dua minggu pertama ini dapat mengutip hingga RM6 juta seterusnya bertahan hingga minggu ke empat di pawagam,” katanya lagi.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.