Wednesday, March 9, 2011

[Krisis Libya]- Menerjah Kediaman Mewah Muammar Gaddafi




Ketika penunjuk perasaan dan pemberontak pro-demokrasi berjaya mendapatkan kawalan ke sebahagian besar bandar-bandar utama di Libya terutamanya di bahagian Timur negara itu, banyak juga harta-harta kepunyaan pemerintah kuku besi, Muammar Gaddafi telah dirompak dan dihancurkan.


Salah satunya adalah istana Gaddafi yang terletak di kawasan luar bandar al-Baida. Sila lihat video di bawah.


Melalui video di atas, apa yang dapat dilihat adalah istana ini dibina di sebuah kawasan taman yang mempunyai landskap indah, lengkap dengan kolam renang, sauna, jacuzzi dan ruang rahsia bawah tanah untuk Gaddafi menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan.

Ruang bawah tanah itu turut lengkap dengan sistem penapis udara, generator elektrik, fire alarm, pam air dan tangga yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Ia dikatakan mampu memberi perlindungan selama beberapa bulan jika berlaku kecemasan.


sumber: al-jazeera

Entri-Entri Berkaitan.....

2 comments:

  1. moga2 kat msia takdalah pemimpin yg mcm ni :)

    ReplyDelete
  2. kat malaysia sekarang kuasa rakyat tingi dari pemerintah..media,orang bawahan sekarang dah bukan hamba kuasa atas lagi..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails