Penyanyi sensasi remaja, Justin Bieber meluangkan masa melawat Muzium Madame Tussauds dan bergambar bersama patung lilinnya ketika mengadakan konsert jelajahnya di London.
"Patung ini sangat menakjubkan, namun saiznya kecil sedikit dan saya lebih tinggi daripadanya," seloroh Bieber ketika melihat patung tersebut.
Jurucakap muzium tersebut, Liz Edwards berkata, pihaknya bertungkus lumus menghasilkan patung lilin Bieber itu agar ia kelihatan benar-benar seperti penyanyi tersebut, sambil menjelaskan bahagian yang paling sukar untuk dibuat adalah rambut patung itu.
Sementara itu, Bieber memberitahu dia lebih teruja sekiranya patung lilinnya itu diletakkan di tepi mendiang penyanyi rap Amerika Syarikat, Tupac Shakur.
sumber: utusan malaysia, www.zimbio.com, disneydreaming.com
saya sukaaaaa x) wahhhhh :DD
ReplyDeletebila nak buat patung afuan shah pula??
ReplyDelete@afuan shah haha..tak lama lg la tue
ReplyDeletewow..rambut baru justin bieber..nmpak la matang skit :)
ReplyDelete