Skip to main content

Google Cabar Penggodam Ceroboh Chrome



Okeh, buat penggodam-penggodam di luar sana, ni ada satu tawaran menarik untuk korang menjadi kaya. Daripada korang godam/ hack website orang lain tapi tak dapat apa-apa, baik korang terima tawaran ni. Lagipun benda ni tak salah, seiring dengan hasrat kerajaan yang baru-baru ini melancarkan satu program untuk melahirkan penggodam-penggodan beretika di Malaysia. Tawaran apa? Baca sajalah kat bawah ni, copy paste dari Utusan Malaysia.


Google yang sangat yakin dengan pelayar Chrome rekaannya tidak mampu digodam berjanji memberikan hadiah sebanyak AS$20,000 (RM60,709) dan sebuah komputer riba kepada individu pertama yang berjaya membuktikan bahawa andaian itu salah.
 
Syarikat itu mengemukakan cabaran tersebut menjelang pertandingan menggodam Pwn2Own tahunan kelima yang bakal berlangsung bulan depan.

Hadiah itu adalah yang terbesar ditawarkan setakat ini dalam cabaran yang diadakan pada persidangan keselamatan CanSecWest di Vancouver, British Columbia pada 9 Mac ini.


Menggunakan mesin untuk operasi Windows 7 atau Mac OS X, penyelidik akan cuba menggodam Google Chrome serta Internet Explorer yang dibangunkan Microsoft, Mozilla Firefox dan pelayar Safari ciptaan Apple.

Microsoft, Mozilla dan Apple masing-masing menawarkan sebanyak AS$15,000 (RM45,532) kepada individu pertama yang boleh menggodam sistem keselamatan pelayar mereka, tambahan sebanyak AS$5,000 (RM15,177) yang diberikan kepada penggodam yang berjaya pada pertandingan tahun lalu.


Google, bagaimanapun telah menggandakan jumlah hadiah dengan menawarkan sebanyak AS$20,000 (RM60,709), satu tanda keyakinan eksekutif kanan bagi syarikat yang berpangkalan di California itu.

"Kami menaikkan jumlah taruhan kali ini dan jumlah keseluruhan wang tunai yang diperuntukkan untuk hadiah-hadiah telah meningkat kepada AS$125,000 (RM379,387)," kata Aaron Portnoy daripada HP TippingPoint, penaja pertandingan Pwn2Own.

Dalam cabaran untuk merebut hadiah wang tunai beserta komputer riba Chrome CR-48, penggodam perlu mencari dan mengeksploitasi bahagian kod yang mudah terdedah kepada bahaya pada hari pertama pertandingan yang berlangsung selama tiga hari itu, lapor ComputerWorld.com.

Hari kedua dan ketiga pula, penggodam boleh menggunakan pepijat dari luar Chrome untuk cuba menyusup masuk ke dalam sistem keselamatannya.

Penyelidik pertama yang berjaya akan menerima AS$20,000 (RM60,709), tetapi separuh daripada hadiah wang tunai itu akan dibayar oleh penaja TippingPoint.

sumber: utusan malaysia

Comments

  1. nak godam??nak buat blog sndri ni pun den tak bisa..hehee

    ReplyDelete
  2. ade tak org malaysia yg pndai godam2 neh?? buleh menang puluh2 riban neh.. hahah

    ReplyDelete
  3. @Wak Jul ramai jer..aritu kan ada sorg rakyat msia kena tangkap sebab pi godam Pentagon, FBI tangkap..hebat kot rakyat msia ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.