Skip to main content

Remaja Catat Rekod Dunia Capai 23A Dalam O Level


 Fakta Ringkas: 
  • Nama: Ibrahim Shahid
  • Umur: 17 tahun
  • Catat rekod dunia dapat 23A daripada 24 subjek yang diambil dalam O Level. Memecahkan rekod sebelum itu yang turut dicatatkan oleh seorang lagi pelajar dari Pakistan.

Info selanjutnya:


Seorang pelajar lelaki di Pakistan telah memecahkan rekod dunia apabila dia memperoleh 23A dalam peperiksaan Cambridge O Level.

Remaja itu, Ibrahim Shahid, 17, anak kepada seorang profesor kejuruteraan elektrikal mendapat pendidikan di sekolah swasta Beacon House di Islamabad.


Ibrahim berjaya mencatat rekod kerana mendapat 23A dalam 24 mata pelajaran dalam peperiksaan Cambridge itu.

Dia mendapat 23A selepas memperoleh ilham daripada kisah bapa bom atom Pakistan, Abdul Qadeer Khan yang diangkat menjadi hero negara.

Abdul Qadeer dikritik negara-negara Barat selepas dia mengaku menjual rahsia nuklear kepada Iran, Libya dan Korea Utara pada 2004.

"Ini satu pengiktirafan kepada negara saya. Ia belum pernah dilakukan di peringkat O Level," kata Ibrahim yang berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-gurunya.


Dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai bidang apa yang hendak diikutinya di universiti. Namun, dia mengaku meminati bidang fizik dan ekonomi selain mahu memberi sumbangan kepada negaranya yang mundur akibat kemiskinan.

"Saya kagum dengan Doktor Qadeer Khan. Saya mahu berkhidmat kepada negara. Generasi akan datang perlu percaya dengan kerja keras dan tidak berputus asa. Mereka mesti bekerja keras untuk menjadikan sesuatu yang mustahil itu menjadi kenyataan," katanya.

Gurunya, Qurat-Ul-Ain menyifatkan kejayaan Ibrahim sebagai berita baik yang jarang berlaku.


Peperiksaan Cambridge 0 Level diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk pelejar berusia 14 dan 16 tahun. Ia merupakan sebahagian daripada persediaan untuk kemasukan ke universiti.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.